Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 30 Oktober 2009

Aku dan suami

pagi tadi suami aku singgah di ofis. Kemudian dia berangkat ke ITM. Di pintu, aku berkata,
"Bye sayang..."
dia cuma senyum je...
"Bye sayang", aku kata lagi, sambil tersenyum. lantas dia buat muka gatal dengan mulut dia macam nak mencium aku...
"bye sayang..." katanya perlahan, membuat aku tersenyum lucu dan diulit bahagia.
Terasa sekejap sahaja masa berlalu... kehidupan rumahtangga kami telah menginjak ke usia 14 tahun... walaupun kami hanya menyambut anniversary kami sekali -sekala (sebab terlupa!), dan kalau sambut pun cuma makan di luar dgn anak2, kebahagiaan itu ku rasakan sehingga aku kadang2 takut kalau kebahagiaan itu tanpa sedar tidak aku hargai... syukur Alhamdulillah Tuhan memberikan aku suami sebaik itu, dan syukur juga sepanjang usia perkahwinan kami, jarang sangat kami bergaduh atau bermasam muka. YA ALLAH... terimakasih kerana menjodohkan aku dan dia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan