Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 13 September 2009

ingatan untuk diri sendiri

Ku nasihatkan diriku
isteri berada di sisi suami... suami pula haruslah pulang ke pangkuan isteri... Apabila ada masalah jangan sesekali mengadu pada rakan yang berlainan jantina... tanpa sedar, akan ada rasa simpati, rasa sedih makin menebal, perempuan memerlukan belaian dan lelaki memberi sedikit ketenangan... lama-lama tanpa anda sedari, perasaan aneh semakin menyelinap masuk ke kamar hati masing-masing, belaian kata menjadi belaian fizikal... cinta pada suami semakin menipis, cinta lelaki pada isteri sendiri mula goyah... kata orang jangan menempah maut... dan maut datang tanpa dijemput... ketika ia datang, jika anda menjadi isteri yang kotor, menjadi suami yang curang, ke manakah hala anda di bawa? wajah siapa dan apa yang anda nampak ketika roh tercabut dari badan? Mengadulah pada yang berhak. Kepada Allah yang Maha Penyayang... Sesungguhnya Dia amat suka pada hambaNya yang mengadu dan merayu padaNya... jatuhkan airmata untuk Tuhan yang mengatur dunia ini, bukan pada manusia... Kuatkan iman dengan membaca AlQuran... Ya Tuhan... Berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan