Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 13 September 2009

Semalam kawan-kawan suami berbuka puasa di rumah, suami memasak ayam percik, sup tulang dan ikan cencaru sumbat sambal... aku masak nasi dan agar-agar je lah...hahaha... dan membersih dan mengemas... seronok gak tengok telatah suami dan rakan-rakan serta isteri dan anak-anak masing... Bulah dan Man namanya. Bulah ni ada bengkel kereta citroen (khasnya) dan lain-lain kereta Barat... sejarah perkenalan suami dengannya bermula apabila suami membeli ciroen ZX pada tahun 1995. Selepas tu jadi kamcing sehingga sekarang. Bulah ni kira handsome lah gak sebab rakan-rakan adik aku pernah kata macam tu.... hihihi... eh lari topik pulak... kadang-kadang suami aku melepak kat bengkel tu ... sambil repair kereta dia la... dari ilmu Bulahlah suami boleh repair kereta dia sehingga aku jamin dia boleh buka bengkel kereta sendiri. Kalau suami aku ke bengkel Bulah, Bulah rasanya happy kot sebab Bulah sendiri boleh belajar cara nak cari macam-macam sotware... kira adil la kan... la ni ZX suami dah tiada, tapi diganti dengan Evasion...kami beli kereta terpakai je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan