Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 11 September 2009

@ Dimensi buni

Tajuk : @dimensi buni
Penerbit : Citra Kurnia Ent
Harga : RM21.90/ 358ms

Pagi tadi aku berjalan di MPH Subang Parade. Memang niat nak cari buku citer mistik. Terpandang satu buku ni. Melihat tajuknya aje aku dah tertanya-tanya, citer apa pulak ni? bila tengok imej model lelaki yang kabur2 tu, bersama tagline

"Cinta kita terlarang...Alam kita berlainan."

aku rasa tertarik... aku belek pula belakang, membaca 'dialog' yang tertulis :

"Allah ciptakan jin dan manusia. Manusia makhluk yang paling mulia. Aku bukan jin, kalau aku jin maknanya aku ni makhluk yang hina... Jin ada yang Islam ada yang kafir, ada yang merangkak ada yang merayap macam hang tulis tu... Manusia ni ada yang bunian dan ada yang manusia. Alam ni ada tujuh dimensi. Rumah dalam rumah, taman dalam taman... Hang manusia yang ada dalam dimensi ini. Aku manusia dalam dimensi lain. Kadang-kadang ada manusia termasuk... dengan tidak sengaja ke alam bunian..."

aku terus capai dan bayar...

Dan malam ni aku berjaya habiskan membacanya... pada aku yang sukakan alam mistik ni, cite ni memang BEST! Kisah melalui pandangan mata Dr. Falsafah bernama Rosya yang berkawan dengan bunian bersama-sama suami dan rakan-rakan lain. Sebenarnya mereka ni berketurunan bunian. Mereka berkumpul bertemu dengan 'Abang Yee' jasad manusia yang dipinjam sebagai perantara kaum bunian seperti Yee Manja, Dino, Dior, Tok Anjang dan banyak lagi untuk bertemu mereka. Mereka hidup susah kerana mahu mengusahakan satu syarikat...(yang tidak diterangkan secara detail apakah syarikat itu). Tapi novel ni banyak mengenengahkan alam-alam bunian yang terasa 'hidup'nya.

Ayat-ayat2 yang kelakar dan selamba... bayangkanlah bunian boleh cakap english, cakap nogori, dari New Zealand ah, dari India, menyanyi, main keyboard, itu tak termasuk lagi dengan Gang of Thirteens (G-13) kumpulan pejuang bunian yang bertempur di Iraq, menentang jin kafir, menolong mangsa kekejaman di Palestin. Golongan pejuang yang digambarkan sebagai paling berhemah, tapi juga yang paling dajal dalam rupa lelaki kacak bertubuh besar dan sasa, berambut panjang kemerahan dan bermata biru! Hensem tak tu? hehehe... mereka hanya boleh dilihat setelah 'mata hati' terbuka. Macam-macam lagilah...tidak lupa diselitkan firman dan hadis.

Ada kala aku tersenyum, ketawa dan menangis membaca bicara antara bunian dan kaum kerabat Rosya. Aku dah overdose pada watak pejuang G-13, yang dikenali sebagai 'G' dan juga 'Ron'. Biarpun ada terma-terma kelakar seperti stargate pintu antara dimensi 'sini' dan 'sana' , berkomunikasi dengan SMS, tetap terasa 'logika'nya.

Baca kisah Ikhwanis, anak Rosya yang dikandung bersama dua lagi anak bunian, aku teringat pada anak aku. Sama aje perangai, degil, susah tido malam dan nampak benda bukan-bukan...!

Aku pun dah tak reti nak review macam mana... type setting untuk SMS tu x berapa kemas, dah jadi mcm dialog padahal diorg berSMS. Tapi x cukup menjejaskan penghayatan aku yang overdose ni! Yang penting pada aku memang BEST! Tak rugi bayar RM21.90 untuk novel bersaiz 20cm x12cm dengan 358ms. Kagum aku pada penulisnya Ryina Ikhwan. Berjaya membuatkan aku ter'seret' sekali ke alam bunian...

Dan yang paling aku suka sebab 'port' bunian tu di Tasik Chini - main port (tasik di kg halamanku) dan Subang Jaya (dekat umah aku)! HAHAHAHA


Petikan dari:roseharissa.blogspot.com

3 ulasan:

  1. salam Dr. Ros
    wah! Tahniahlah dah ada blog dn tahniah juga kerana @dimensi Buni ada peminat setia. Teruskan berblog dan berkarya, hehehehe

    BalasPadam
  2. hehehe... TQ Dr Kay... saja2 cuba tapi takut bahasa melayu tak betul pula...

    BalasPadam
  3. Salam kak Ros...
    hoyeee... akhirnya dapat jumpa sis kat sini... wah wah... segan la saya dengan komen yang tak seberapa tu...
    amacam? bila yang ke 2 nak kuar? lama dah menanti ni...
    neway... seronok jumpa sis kat sini...

    selamat berbuka... dan selamat menyambut raya yang dah tak lama tiba... :)

    BalasPadam