Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 11 September 2009

satu kisah pada satu malam

Aku duduk bersama Hafiz Najmi. sesekali dia menjeling melihat apa yang ditulis oleh ibunya di blog. Suami melarikan diri ke ruang rehat menonton tv tapi tangannya memegang novel 'Bilal bin Rabah'. Tapi aku jamin dia takkan dapat menghabiskan novel itu. Dia tidak suka membaca novel tetapi leka berjam-jam dengan forum tentang kereta citroen, peugeout and so on. Haziq setelah dipaksa cuba membaca buku sekolah, membuka buku sambil sesekali bergurau dengan adiknya Nurul Ikhwanis dan Omar Mokhtar. Haziq budak yang cerdik tetapi malas mengulangkaji pelajaran. dia baru mendapat markah bulan ogos dan mendapat markah tercorot. dan dia hampir menangis apabila abangnya mendapat tempat pertama di dalam kelas. sesekali terasa lucu... kerana dia tidak mahu kalah kepada abangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan