Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 15 September 2009

Aku dan Omar

semalam selepas berbuka, semasa meneman anak-anak membaca, datang si bongsu, 2 tahun10 bulan...'anak mami' kata suamiku
Omar: mami.... (muka serius)
Aku: ya...
Omar: nak tebau (masih serius)
Aku: Benten Omar mana? baru dua hari beli?
Omar: Omar tak nak benten... nak tebau.. (serius, muka berkerut)
Aku: Nanti cakap kat papa kata nak kapal terbang...
omar terkedek-kedek menuju ke suamiku yang masih membaca "Bilal Bin Rabah". Aku memerhati sambil tersenyum. Kemudian dia kembali ke sisi
Omar: Mami... omar nak aik tebau...
Aku: Alaa.. esok mami beli ek... ok?
Omar: omar nak eli tebau (tak ada jeritan 'yea!' seperti biasa)
Aku: ya, nanti mami beli tebau Omar... mari sini peluk mami
Omar: omar tak nak eluk mami... omar nak tebau...
Aku: ok mami beli...
kemudian ku ambil dan ku geletek sehingga dia ketawa dan terlupa... nanti mesti dia minta lagi... tunggu dulu ya, mami belum sempat nak belikan lagi... lagipun tak elok kalau semua benda yang anak mami hendak, mami beli terus, mami kena ajar anak-anak mami bersabar, anak-anak mami mesti tahu macamana susah nak dapatkan sesuatu... kerana mami dan papa juga begitu. Mami dan papa orang susah dulu sebelum 'senang' sekarang. Dan sehingga sekarang pun mami dan papa tidak terus membeli tanpa memikirkan keperluan, perancangan dan kewangan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan