Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 30 Mei 2013

Madu, pahit sangatkah?

sejak minggu lepas heboh cerita UAI berkahwin buat kali ketiga. Aku rasa kedua-dua isteri UAI cool sahaja tetapi yang riuh rendah adalah lelaki dan perempuan yang tidak berkenaan secara langsung dalam hidup mereka berempat dan keluarga terdekat mereka.  Kenapa ya, kita tidak mendoakan kebahagiaan mereka tetapi cepat-cepat menjatuh hukum seperti kita tahu segala hal di luar atau dalam kain mereka?  Mungkin yang riuh rendah itu adalah golongan 20 an dan 30 an... pengalaman masih tidak banyak mungkin.. hati masih tidak tenang, kehidupan masih tidak stabil...

Bila mendengar kawan akan dimadukan kita cepat buruk sangka bahawa isteri baru suami kawan nanti akan guna bomoh, lupa diri, jahat dan perampas.  kenapa kita tidak berbaik sangka sekiranya kawan kita ikhlas dan rela bermadu? Kenapa kita tidak menyokong mereka dan mendoakan mereka?  Bukankah perkahwinan itu halal? kenapa kita tidak mengajak kawan kita berdoa supaya kehidupan mereka dipermudahkan?  mengapa kita tidak mendamaikan perasaan mereka dengan mengatakan sesuatu yang  baik? sesungguhnya jika kehidupan selepas dimadukan itu pahit, berserahlah kepada Allah...

Mungkin kelak, tangisan di tengah malam mengharapkan belas ihsan dari Tuhan mampu membuat kita lebih dekat kepadaNya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan