Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 9 September 2011

corat coret cikgu pemalas

Dalam catatan sebelum ini, aku bercerita tentang para guru yang mengajar aku di Sek Men Mulong 1983-1987.  Aku masih ingat dengan jelas betapa bersemangat cikgu aku masa itu mengajar seperti cikgu Rahim yang sampai tersembur air liur, Cikgu Asmah dan cikgu Hasmah yang sampai berbuih mulutnya,  Cikgu Amran yang cool tetapi mengambil berat, Cikgu Chin (lupa dah) yang mengajar math... rata2 cikgu memang begitu ambil berat dan bersungguh2 mahu anak2 kampung macam aku berjaya.  Alhamdulillah aku dan rakan-rakan berjaya seperti Mahdi, Lutfi, Mahani, Zamzuri, Azmawati, Osmera dan ramai lagi yang aku sudah ingat2 lupa namanya... sehingga tahun lepas aku yakin betapa mulianya kerjaya seorang guru, memang ibarat seperti lilin membakar diri semata-mata untuk menyinari masa hadapan anak2 kampung seperti kami.

realitinya, sejak memasuki tahun ini, aku sudah hilang keyakinan pada sebilangan besar guru apabila 'memperhatikan' gelagat cikgu cikgu dari laporan anak2.

Cikgu accident 3 bulan, tiada cikgu ganti.... peperiksaan besar di depan mata, cikgu baru nak habiskan silabus, tak sampai sebulan lagi exam, cikgu tak masuk kelas?, cikgu mengejar silabus mengajar dalam bahasa Mandarin? cikgu masih bercuti raya? cikgu cakap ambil nota dari kelas lain supaya murid2 boleh berinteraksi? please lah cikgu2, budak2 dok gelakkan korang, tau tak?  aku tak nak salahkan cikgu2 juga, dah murid2 pun ramai yang bebal, kurang ajar dengan cikgu, habiskan masa dengan cyber cafe dan memonteng, cikgu pun jadi tawar hati nak mengajar budak malas, lembab dan pandai melawan.  tetapi apa akan terjadi pada sebilangan kecil murid yang bersungguh mahu belajar? 

Aku tak heran kalau prestasi pelajar cemerlang di Kelantan atau Terengganu... kerana di sana majoriti  cikgu adalah kelahiran anak tempatan, semangat untuk menjadi lilin masih menebal dalam diri mereka.  tapi untuk negeri2 lain, susahnya nak mencari guru2 yang benar2 ikhlas mengajar, terutama pula jika mendapat anak2 murid yang susah dikawal dan ditegur.

Jadi peranan pengetua amatlah penting dalam mencorakkan masa depan sekolah.  kalau pengetua sendiri tidak ambil kisah akan kualiti cikgu di sekolahnya, maka apa yang boleh diharapkan lagi??

Peristiwa yang aku tidak boleh lupa sampai sekarang adalah semasa aku dalam tingkatan 1, cikgu pelajaran lukisan, aku dah lupa namanya, memanggil murid2 yang tidak menghantar asingment  lukisan ke hadapan untuk di rotan.  hampir sepuluh orang keluar termasuk murid perempuan, menunggu giliran di rotan di tapak tangan.  seorang demi seorang keluar dan merasa pedihnya dirotan.  kemudian seorang rakan lelaki tidak sanggup menerima hukuman, lalu lari keluar meninggalkan kelas dan beg sekolah, dan tidak pulang ke sekolah semula.  Aku merasa marah sangat pada masa itu, hanya kerana subjek lukisan, perlukan merotan sebegiru rupa?  Hanya kerana lukisan yang tiada pun dalam senarai mata pelajaran SRP (untuk muslim), kenapa perlu bertindak sebegitu rupa?  dan kenapa tidak memberitahu awal2 akan hukuman yang akan dijalankan kepada semua murid sebelum itu?  Hingga kini aku tidak pasti tindakan cikgu itu betul atau tidak, atau sama ada pandangan aku benar atau tidak, tetapi itulah salah satu contoh betapa bersemangatnya cikgu pada masa dahulu.  dan ibu bapa kepada anak2 yang dirotan itu tiadalah menyaman atau merungut kepada cikgu tentang kejadian itu.  Cuma aku tahu selepas itu, rakan lelaki yang lari dari sekolah itu dihantar ke sekolah pondok bersebelahan dengan kampung aku, pondok beta hilir.  Aku selepas mengetahui berita itu,  hanya mampu mendoakan dia berjaya dunia akhirat.  Mana tahu, dia kini menjadim ustaz atau alim ulama, dan lebih baik dari kami semua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan