Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 10 September 2011

pedih...

aku terasa mahu menangis. memang aku telahpun menangis. sakit hati masih terasa. pedih menusuk dalam dada. rasa mahu menjerit bagi melegakan sedikit sakit hati. tapi aku masih waras.  aku cuba bersabar. hidup ini tidak semuanya indah.  hidup aku penuh warna warni. sudah terlalu lama tidak merasakan sakit hati sebegini. arwah mak aku tidak pernah mengajar anak2nya biadap dan kurang ajar. arwah bapa aku juga tidak pernah mengungkit kebaikan diri sendiri apatah lagi mengungkit keburukan orang.  dugaan ini tidaklah seberat mana. apatah sangat dugaan sebegini jika dibandingkan dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kami. aku ini bukan jenis berdendam.  tetapi aku akui aku mungkin sukar memaafkan orang. aku tahu hati aku tidak kuat untuk berlaku kejam walau orang berbuat kejam kepada aku.  aku ingat pesanan arwah mak aku supaya tidak berdendam dengan orang. Arwah bapa aku tidak pernah membezakan kasih sayang antara anak kandung dan anak tiri.  Ah!! aku betul2 merasa tercabar.  Buat masa ini, aku akan menjauhkan diri... aku tidak mahu memandang muka mu... aku merasa terpukul, terhina dan dimalukan.... bila aku telah benar2 ikhlas memaafkan, aku akan bersedia berjumpa dengan mu.
Kata orang tua-tua, sedikit kesilapan yang  kita buat menenggelamkan semua kebaikan yang pernah kita berikan.  Segala kebaikan akan dilupakan hanya kerana setitik dosa yang belum tentu benar atau tidak.  Biarlah... hanya Allah yang mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan