Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 24 Julai 2011

surat layang

Balik dari bengkel selama 3 hari di PD, aku meneliti emel.  Mana tau ada emel penting yang terlepas pandang.  tiba-tiba terpandang emel bertajuk surat layang.  aku sudah gabra, baru dua bulan jadi ketua jabatan, sudah dapat surat layangkah?  bila aku klik, rasa lega sebab surat layang tu ditujukan kepada orang lain.  walau bagaimanapun aku sedih.....  kalau ada keberanian mahu tulis surat layang, kenapa tidak berdepan dengan orang yang dituduh dan menasihat orang tersebut?  dan jika siasatan dilakukan, dengan senang, penulis surat layang boleh dijejak.  dia sanggup hadapi segala risiko,  diboikot atau dibuang?  bagi aku senang sahaja, jika kita berada di pihak benar, kenapa mahu memberitahu kebenaran melalui surat layang?  Atau dia ada agenda tersembunyi?  manakah lebih berat dosanya antara membuat maksiat, dengan orang yang menuduh tanpa bukti? orang yang membuka aib orang? dengan orang yang menyebarkan fitnah?  sebelum menyebarkan berita tanpa bukti apa kata, kita cermin dulu diri sendiri....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan