Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 24 Julai 2011

Papa kawin lagi?

satu malam semasa santai di meja makan bersama anak2.

Suami: adik XXX belum dapat jodoh lagi...
Aku: ya? pas tu kenapa? awak nak kawin dengan dia?
Suami: tak adalah.. kan abang dia minta kita tolong carikan jodoh untuk adik dia...
Aku: oooo... lupa
Suami: Hafiz, apa pendapat Hafiz kalau papa kawin lain?
Hafiz: tak boleh... (selamat aku...)
Suami: kenapa?
Hafiz: sebab papa diciptakan untuk mami... (fullamak, bangga gila jadinya aku...)
Suami: Haziq, kalau papa kawin lagi boleh tak?
Haziq: tak boleh...
Suami: kenapa?
Haziq: tak bolehlah... nanti dapat mak tiri...
Suami: omar, papa kawin lain boleh tak?
Omar: ha apa papa?
Suami: papa kawin lain boleh tak?
Omar: ha apa papa?
Suami: papa kawin lain boleh tak?
Aku: tanya anis pulak...
Suami: anis, kalau papa kawin lain boleh tak?
Haziq berbisik pada Anis: cakap tak boleh.
Anis: tak boleh...
Suami: kenapa?
Anis: sebab nanti dapat mak tiri, mak tiri jahat, selalu marah kita orang nanti...
Aku: ok apa, kalau mak tiri tak payah pergi tuisyen... dia cakap nanti menghabiskan duit dia jer pergi tuisyen, belajar pun tak payah, biar anak mami jadi bodoh semua...
Anis: nanti dia marah kita orang, benci kita orang, halau kita orang...
Suami: apa pulak ni? mak tiri mak tiri? mami kan masih ada...
Anis: ha nanti masa papa ada, mami ada, mak tiri baik, bila papa dgn mami tak ada, teruklah kita org...
Aku: jangan risau... kalau ada Anis, mak tiri anis yang lari diri.... mami tak rasa dia akan tahan dengan Anis....

Aku, suami dan hafiz tergelak....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan