Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 7 Jun 2011

darah! darah!

Semalam yang berdarah.  Selepas mengemas dapur aku menghilangkan kepenatan dengan menonton TV.  anak-anak aku biarkan di dalam bilik.  Mereka berkumpul dalam bilik Hafiz.  Bunyi dari dalam bilik sangatlah gempak gempita lagaknya... kilat sabung menyabung... er! dah lebih dah ni!! sorry.  Kalau Anis denga Haziq atau Anis dengan Omar bertemu dan bermain bersama, biasalah, macam ceritera yang tak sudah juga... tak kuasa dah aku nak terpekik terlolong macam orang utan... orang utan pun tak macam tu kot...  Tiba-tiba!

Haziq: Mami! mami! Anis berdarah!  darah banyak keluar!! mami! darah! darah!
Bunyi tempikan Anis dan Haziq sama kuat.. mereka meraung.  Haziq meluru keluar mendapatkan aku.  aku dah panik tengokkan muka pucat Haziq.  dalam pada tu sempat berfikir, macam mana nak bawak Anis ke hospital, laki balik lewat malam....  nak pergi klinik mana? Apa yang berdarah? kenapa?

Kemudian aku pergi tengok Anis, tak pernah selama ni dia meraung sakan macam ni... aku tgk gigi dia... berdarah, tapi darah keluar sikit jer... Bila aku lap, darah tak keluar pun. ceh!   Kemudian haziq yang masa tu di bilik air meraung makin kuat, darah! darah! kepala Haziq berdarah!  dalam hati aku, sapa yang berdarah ni??!!

So, aku pun pergi bilik air, kepala haziq berdarah, ada darah melekat kat tuala yang dilapnya.  Aku control ayu lagi... aku pergi ambil minyak aroma terapi dabus...  aku sapu pada kepala Haziq.  tak sampai 5 minit, darah berhenti... Kang aku sapu dabus kat haziq, nanti Anis merajuk pula, so aku sapu sekali kat gigi Anis.  dah memang dua-dua asyik jeles menjeles... hehehe....  Dua-dua orang dok meraung lagi.  gigi Anis tajam macam garpu, bila mereka tolak menolak, gigi Anis terkena kepala Haziq.  Kepala Haziq yang berdarah, bukan Anis.  Dua-dua panik.  Anis panik sebab  sakit dan berdarah, Haziq panik sebab takut aku belasah dia, tanpa tahu yang berdarahnya dia sendiri.  Kemudian, aku tak tahan gelihati, sengeh2 menyorok dari dua orang tu...  Adalah setengah sudu darah dari kepala haziq keluar.  Kecoh betul!  punoh punoh...

Pas tu keadaan kembali tenang, cuma Anis dok meludah2 sebab dalam mulut dia ada minyak dabus.. aku saja tonyoh banyak sikit... hehehe... so dapatlah tengok drama BONES dengan tenang.... end

Tiada ulasan:

Catat Ulasan