Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 26 Mei 2011

ceritera yang tak sudah: Omar dan Anis

Bila Anis membuka mulut mahu bercerita dengan aku, Omar akan turut mencelah dan bercerita.  Bila dia habis dan Anis mahu menyambung, maka Omar sekali lagi akan mencelah dan mengambil perhatian aku.  Pendek kata, di depan Omar, Anis tidak boleh langsung bercerita dengan aku..  Kesian pun ada pada Anis.... kalau dulu, Anis akan marah2, tapi kini rasanya anis dah pasrah..
Semalam bergaduh lagi sebab berebut nak tidur dengan aku.  Sebelum ini Omar tidur dengan papanya di katil lain, aku pula tidur dengan Anis.  Tetapi entah kenapa semalam Omar nak tidur dengan aku, so aku suruh Anis tidur dengan papanya, tetapi dia tak hendak dan mula merengek.  Suami aku cakap, aku tidurlah tengah2, so aku tidur tengah2 tapi Anis pula menangis dan nak tidur sebelah dinding. Anis dan Omar bergaduh lagi... tak tahan sangat aku menengking, dua anak senyap... Anis membelakang aku merajuk.  Omar memeluk aku. kemudian aku berkata:
Aku: Nak dengar cerita tak? best cerita ni ... cerita adik beradik bergaduh sampai mak dia lari?
Omar: tak nak...
Aku: macam ni, ada dua orang ni, bergaduh jer kerjanya... bila kakak dia bercakap, adik dia pun bercakap, bila adik dia bercakap, kakak dia marah.  Bila bergaduh, kakak dia pukul, kadang2 adik dia pulak sepak kakak dia... mak dia kata..."Mak dah bosan ni! kenapa tak boleh baik2 ni... mak penat balik kerja, tapi anak2 gaduh ni?  kalau macam ni mak nak lari ah!"
Omar: Omar tak nak dengarlah  (lembut, campur ngantuk)
Aku: tapi anak dia tak dengar cakap mak dia, masa makan gaduh, dalam keta gaduh, nak tido gaduh... sian mak dia... mak dia sedih sangat... tak tahan.. mak dia pun nangis... mak dia cakap  "mak tak peduli dah! nak gaduh, gaduh je lah... mak nak pergi dah!"  Mak dia pun lari tinggalkan rumah,sambil nangis tak tahu nak buat apa, nak makan tak ada duit, nak cari rumah pun tak ada duit, mak dia duduk tepi jalan... sambil nangis sebab rindu anak2 dia... pas mak dia pergi, budak dua orang ni sedih, dia orang tak gaduh dah, kakak dia masak, suap nasi, basuh berak, adik dia pulak selalu cium kakak dia... begitulah ceritanya...

Kemudian aku senyap.. dua senyap2, ingatkan dia orang tido.  aku pun cuba lelap mata... kemudian terdengar suara,
Omar: Omar dah salam dah dengan kakak...
Aku: Kakak pun salam Omar tak?
Omar: dah
Aku: oo bagus anak2 mami...

kemudian aku mengusap kepala Anis, Anis pun menggosok tangan aku.... tidolah diaorang dengan tenang.  bila suami aku masuk dalam bilik, dia pun kata, "Mami tak nak tido dengan papa?"
So aku pun berpindah katil... hmmm, sekali sekala elok gak jadi Naruto boleh pisahkan jasad kepada beberapa copy... hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan