Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 1 Mei 2011

Aku, madu dan bermadu...?

Suami aku membelikan sebotol madu khaulah.  Sebab kami sekeluarga sering dilanda demam dan batuk.  Selain itu dapat menghidupkan sunah Rasulullah.  dan madu penawar segala penyakit kecuali maut.  jadi kami setiap hari amalkan makan sesudu atau dua sudu madu, tidak ketinggalan adalah Omar Mokhtar.
Suatu hari,
Suami: Mami dah makan madu?
Aku: Belum.
Suami: Makanlah.  Bukan papa suruh bermadu pun.  Makan madu jer...
Aku: Iya.  Madu bolehlah mami minum, bermadu tak naklah...
Suami: Kenapa tak nak?
Aku: Sebab papa tak ada duit... (punya jahat mulut bini macam ni..)
Suami: Kalau papa ada duit, bolehlah?
Aku: Bolehlah... dengan syarat bagi Mami RM500k.
Suami: tu macam mengugut...
Aku: Ugut apa?  betul la... 500k sebagai jaminan...
Suami: Jaminan apa?
Aku: Iyalah....awak kan macam tu... dapat benda baru, mesti dok kelek benda baru jer... yg lama tak tengok dah... (aku sengeh2)
suami: yg baru kejap je seronoknye... yg lama best apa...  dah tahu macam2.. (suami lak sengeh2)
Aku: hek eleh... iyolah tu....
pas tu aku belah sebelum topik melarat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan