Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 28 April 2011

kesibukan

Setelah 14 minggu berhempas pulas, pelajar bercuti seminggu "study week" sebelum memasuki peperiksaan akhir, aku pula ke sarawak selama 4 hari untuk membentang kertas kerja di UNIMAS.  cadangnya aku cuma mahu memantau sahaja seorang guru bahasa untuk membentang, tetapi atas masalah yang tak dapat dielakkan maka aku pula yang membentang.  walau tidak membuat persediaan yang secukupnya, rasanya pembentangan berjalan lancar sebab kerja2 sebegini memang sudah biasa sangat buat.  "stay cool" je.. jangan nak menggelabah sangat sebab yang pergi seminar ahli akademik yang rata2nya matang dan berpengalaman. 

Di sarawak aku ditemani selama satu hari satu malam ditemani kawan rapat semasa belajar di Matrikulasi dulu dan kemudian di Jepun, walau universiti berlainan.  Sempat juga singgah ke rumahnya, makan tengahari dengan masakan rebung tumis dan pucuk manis serta ayam kukus.  masakan yang ringkas tetapi memang membuka selera aku, terutama rebung dan pucuk manis.  aku rasa aku boleh habiskan satu periuk kot.  satu persamaan aku dengan kawan aku mungkin adalah sukakan masakan yang ringkas... (dlm erti kata lain, mungkin dua2 pemalas kot).  seronok melihat kawan aku melayan anak bongsunya yang sudahpun darjah 6.  so romantic macam pak we dan mak we.  anak yang lain sudah tinggal di asrama.

kemudian, minggu ini dan seterusnya, sibuk lagi dengan persediaan untuk menjalankan temubual dengan pelajar sekolah berkaitan dengan penyelidikan aku.  belum pun dapat rehat lagi.  Lambat lagi baru dapat rehat ni...  :(

Harap cuti sekolah nanti aku boleh ambil cuti seminggu meneman Hafiz belajar untuk PMRnya.  Mungkin tidak dapat balik kampung walau sudah berjanji dengan adik bongsu aku (dah tua bangka dah pun) dan Angah.  Mungkin suami aku seorang sahaja yang balik bersama Omar Mokhtar, anak bongsu aku, "anak bongsu mami comel, bucuk2" (kata Omar mengajuk cakap aku)

berdebar2 juga menunggu KJ yang baru... siapa agaknya? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan