Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 7 April 2011

Stalker and me

Stalker dan aku memang tidak dapat dipisahkan.  Kejadian semasa tingkatan 5 apabila diikuti seorang kenalan dengan aku berbasikal dan dia bermotor memang satu kejadian yang membuat aku serik dan trauma sehingga ke hari ini.  Hinggakan aku takut bila sekali sekala balik kampung, melalui jalan di mana bekas sekolah menengah dan tempat di mana kenalan aku itu tinggal.  Aku takut bila terserempak dengan dia.  Mungkin aku ini cinta pertama dia sehingga sanggup dia berbuat demikian.  Tetapi aku masih ingat akan dia yang datang ke rumah aku saat keluarga aku mengadakan kenduri sebelum aku bertolak ke Jepun.  Yang menjemputnya adalah Azmawati, kawan baik aku yang sebelum itu secara bergurau mahu menjemput budak lelaki tersebut.  Rupa-rupanya Azmawati tidak bergurau.  Terkejut bukan kepalang aku melihat dia.  Tetapi aku menegur dia.  Aku betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan dia dulu, tetapi dia yang merosakkan diri dia sendiri.
Masa masuk matrikulasi juga, kontroversi menghimpit aku dalam senyap.  Mungkin tidak ramai tahu.  Rakan seangkatan pun tidak tahu kerana aku memang pendiam.  Bila orang menghulurkan salam perkenalan, aku menyambut dengan tenang.  Aku tidak memilih.  Akibatnya orang bergaduh kerana aku.  Begitu juga ada juga rakan seangkatan yang sukakan aku, tetapi aku tidak tahu kerana tidak pernah diberitahu.  Kalau diberitahu, mungkin aku buat tidak tahu sahaja.  Kerana impian untuk ke Jepun membuat aku tidak melayan sesiapa kecuali sebagai seorang kawan.  Tetapi rakan seangkatan tidak berani rapat dengan aku, mungkin kerana aku ni macam budak ‘blur’ dan tak tahu apa-apa.  Tetapi bila ada pelajar kolej budak fakulti atau budak asasi sains berkawan dengan aku, kecohlah beberapa orang mengusik dan mengejek aku.  Aku memang suka berkawan terutama lelaki sebab bagi aku, leceh berkawan dengan perempuan, cakap sikit merajuk ke, marah ke, jeles ke… so aku memang suka bercakap dengan orang lelaki.  Aku masih ingat masa sekolah menengah, walau aku baik sangat dengan kawan2 perempuan, tetapi aku tidak segan dengan kawan lelaki, aku boleh bercakap kasar dan bergurau dengan mereka. 
Masa di Jepun juga, walau aku telah ada pak we, ada juga sampai bergaduh sebab nakkan aku.  Mungkin aku jenis yang menjaga hati orang, jadi orang salah anggap, atau apa? Alhamdulillah selepas aku kahwin, sudah semestinya aku tidak lagi ada kontroversi apa2.  Kecuali bila aku mula menggunakan facebook.  Sungguh malang bila orang yang pernah suka aku dulu, meluahkan perasaan sayang dia kat aku.  Ello! Awak suami orang, saya ni bini orang! Ada akal ke? So trauma tu kembali, sehingga berat sangat untuk aku jika ada orang ajak reunion? Kalau orang itu datang macam mana? Kalau isteri dia serang aku macam mana?  Aku tidaklah risaukan suami aku sebab dia tahu semua benda yang berlaku pada aku.  Jadi kini aku agak menyesal kerana “bereunion” di facebook.  Tetapi setelah block orang tersebut aku kembali normal.

Kepada kawan aku yang berbuat begitu, insaflah... kasihanilah isteri dan anak2.  Sekali hati perempuan terluka, menangis airmata darah pun, dia takkan kembali pada kamu.  Jika kamu sekadar mahu menduga aku, aku rasa itu bukanlah satu perbuatan yang baik, kerana jika perangkap kamu mengena pada yang lain, dua keluarga akan musnah... runtuh dua masjid.  wallahualam.

Nak kata aku lawa, tidaklah lawa.  Hidung pun kemek jer…  aku rasa aku ada aura bunian   :)) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan