Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 2 April 2011

Pelik dengan perangai orang

Suatu hari aku pergi ke kedai pakaian yang juga menerima tempahan membuat baju kurung. Aku membelek-belek tudung dan kain di situ. Mana tahu, kalau aku berkenan boleh beli dan minta dijahit terus. Tiba-tiba dengan selambanya owner itu datang dan bercerita.
Dia: ada pensyarah datang kedai ni, tengok I pandang sebelah mata jer… macam saya ni tak ada kelulusan…
Aku: oh… ada juga perangai manusia macam tu ye…
Dia: I pun ada degree lah bukan setakat lulus SPM je. I buka kedai ni sebab I malas nak kerja dengan orang…
Aku: betul jugak tu… kerja sendiri lebih senang… (sambil belek2 kain)
Dia: kalau tak ada duit, cakap tak ada duit, ni cakap I suka baju ni, tapi warna tak berkenan lah, saiz tak ada lah… kan senang cakap kalau cakap I suka tp belum ada budget ke… macam kita ni bodoh sangat…
Aku: oh….
Dia: kalau tak percaya Tanya anak I. anak I ambil medic you… you tahulah kan, kalau student medic macamana, pointer macamana… kalau pensyarah biasa, mana boleh lawan dengan anak I… kalau dia orang bijak, dia orang tak jadi pensyarah, dia orang jadi doctor..
Aku: betul juga tu…
Dia: bukan kedai I ni je I ada, ada 3 lagi kedai kat down town….
Aku: ramai la staff you yer… (belek tudung pulak…)
Dia: bolehlah… I baru je abis trained pekerja I yang I ambil dari down town… abang I pula YB, jadi walau I layak nak ambil lessen kontraktor tapi abang I tak kasi takut dituduh kroni…
Aku: mana tahu kan, tiba-tiba pulak kena tuduh rasuah ke…
Dia: ha… betul tu….
Aku: kak size xxl tak ada kak? Saya suka ni. Kalau ada size saya beli….
Dia: tak adalah dik…
Aku: tak apalah…
Aku memang ke sana nak jahit baju, aku dok belek2 china cotton dan English cotton tapi pilihan terhad, so xjadi beli. Blouse yang aku berkenan tak dak saiz. Saiz aku at least XL. Ngeeee…
Pengajaran
1: percayalah cakap pelanggan. Pelanggan itu ‘raja’
2: aku percaya kalau dia kata ada pensyarah lihat dia sebelah mata, sebab pensyarah pun manusia… ada yang baik ada yang “jahat”… aku pensyarah baik… (huh!) dan sangat low profile… sehingga pernah orang datang rumah aku sangkakan aku bibik
3: Jangan peduli kalau orang pandang rendah pada kamu. Tuhan yang menilai kamu, bukan manusia! Biar jawatan apa sekali pun, pekerjaan apa sekali pun, hiduplah dan berkelakuanlah dengan perasaan bangga akan pekerjaan sendiri! Macam staf kat tempat aku, pakaian dan mekap mereka mengalahkan pensyarah macam aku… (iiii…..)
4: Usah jadi orang bodoh dengan membanggakan diri tidak bertempat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan