Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 14 April 2011

Cetusan rasa

Semoga abangku berubah dan menjadi insan berguna, ayah yang penyayang, suami yang tidak putus asa mencari rezeki demi keluarga, dan hambaNya yang redha menerima ketentuan Ilahi.  Semoga hidup abang lebih diberkati di tempat baru, bersama anak dan isteri yang tetap menyayangi abang. 
Walau terasa sunyi kerana kelibat abang telah tiada di rumah pusaka, tetapi asalkan abang bahagia, kami redha dengan keputusan abang.  Terasa kosong apabila abang telahpun membuat keputusan berpindah, tetapi asalkan itu pilihan abang kami pasrah.
Doa kami semoga abang sudah taubat nasuha, sudah menerima pengajaran dari apa yang telah berlaku serta faham bahawa, kejayaan itu datang tanpa bergolek, memerlukan kesabaran yang tinggi, tenaga yang banyak serta usaha yang berterusan.  Kekayaan tidak akan datang hanya sekadar abang berdoa dan bersolat.  Kekayaan tidak akan menggamit, jika abang sekadar bercakap tetapi terlupa bahawa Allah jua yang Maha Berkuasa dan Menentukan rezeki, jodoh dan ajal.   Bahawa sesungguhnya kejayaan dan kekayaan itu datang berdikit-dikit, perlahan dan mungkin beranjau sepanjang jalan.  Asalkan abang selalu ingat bahawa Allah itu tidak sesekali menganiayai hambaNya... tetapi hambaNya jua lah yang kerap terlupa, leka dan tidak bersyukur.
Maafkan adik abang yang masih 'terasa' ini.   Sudah tentu kami ikhlas menolong abang, tetapi kini kadang-kadang terfikir di benak, benarkah abang telah berubah, sampai bila akan berterusan, dan bila akan datang masalah kembali?  adakah kerana kami berlembut, kerap menolong, maka abang mengambil kesempatan?  Adakah selama ini pertolongan kami sebenarnya tidak 'membantu' abang?
Semoga Allah lembutkan hati aku, semoga Allah memberi rahmat pada abang dan semoga Allah memelihara kami adik beradik.  Maha Suci Allah.  Hanya Kaulah tempat kami memohon harap.  Lapangkanlah kubur bonda dan ayahanda kami dan Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami.  Ameen, Ya Rabbal alamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan