Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 23 Februari 2011

Bulan februari hampir melabuhkan tirainya, tetapi Omar masih membuat muka 'cemek' setiap kali sampai ke pintu pagar sekolah.. ada pesanan yang perlu disampaikan setiap kali dia melihat cikgu. Jadi aku terpaksa juga menebalkan muka memberitahu cikgu, "omar pesan, nak balik pukul satu..." Manja betul Omar dan walau dia menangis sekalipun, aku tetap melihatnya comel...
Aku pernah berkata kepada Anis, "Anis tak payah nak menangis, mami tak suka, mami rasa nak lepuk jer kalau anak mami menangis, tak payah nak merajuk merajuk tau tak? Mami bosan!" Kemudian Hafiz mencelah, "kalau Omar merajuk, macamana?" Aku jawab, "Omar merajuk tak apa, mami tengok dia comel, tau tak?" aku sengaja bercakap dengan kuat supaya Anis mendengar. "kalau Omar menangis?" "Omar menangis pun, mami tengok comel... yg lain jgn buat! Bosan mami, tau tak? Kemudian aku dan Hafiz tersenyumk-senyum. Hafiz sudah remaja, seperti aku memanjakan Omar. Haziq pula bergantung kepada keadaan, sekali sekala tidak beralah dengan Omar... Anis lagilah, bukan sahaja tidak beralah tetapi sengaja menampar Omar, tidak pasal-pasal. Tapi Anis dan Haziq bagai anjing dengan kucing, bergaduh je kerjanya... Bila saling teriak, Papanya mula join sama, dengan menengking... aku lagi la sakit kepala. Aku pula, bila sampai tahap maksima, bila dah bosan sangat, aku sudah tak menjerit marah lagi, aku ambil jer hanger, balun (ttp tidak lah sampai budak tu berbekas, acah2 je bagi dia orang merasa sakit)... semalam balik sekolah Haziq dan Anis bergaduh lagi. Aku dahlah baru balik kerja dan sibuk memasak. Apa lagi, aku ambil je hanger dan pergi pukul bontot Haziq yang ketika itu sedang menukar seluar, tinggal seluar dalam... kemudian aku pukul bontot Anis pula, tetapi Haziq pula tak puas hati, "mana aci! mami pukul Anis, dia pakai seluar" "ok ok mami wat sekali lagi dua-dua orang!" dua-dua lari keluar. kemudian Omar yang melihat sejak awal berkata, "mami janganlah guna hanger", "pas tu mami guna apa?" "mami gunalah kayu!" Aku dah tergelak sambung kerja memasak. Dulu, masa Anis tadika, elok jer Haziq menjaga adik dia kat sekolah sampai cikgu dan pengasuhnya beritahu betapa beralahnya dia dengan adiknya.. sekarang ini, usahkan beralah, Anis mengadu sikit terus dia g tumbuk Anis... Anis menangia pula terlolong-lolong. Bab ini pun memeningkan kepala aku. Anis menangis sebab sakit betul ke sakit dibuat2? Budak ni sejak dr kecil 'over reacting' aku xtau nak percaya siapa? Haziq kata tak kena pun, dia kata sakit sangat, haziq kata tersentuh sikit jer, dia kata, "mana ada? jangan nak tipu! Haziq buat kuat sangat!" Aku pantang juga kalau Hafiz atau Haziq memukul Anis. Aku tak nak anak2 lelaki aku menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Hafiz pun bila Anis degil sangat, dia ketuk jari adik dia.. Anis mengadu "abang buat ni, macam nak patah jari Anis, mami tengok ni!" Aku panggil hafiz, hafis kata, "hafiz buat sikit je, dia degil sangat..." aku nak percayakan siapa? Tetapi aku terpaksalah pesan kat Hafiz' "hafiz kena sabar, mami tak suka Hafiz buat adik, tenaga abang tu kuat, mungkin abang rasa sikit tapi bagi anis rasa kuat" hafiz tak berpuas hati sebab dia kata dia buat sikit jer, tetapi dia minta maaf dengan aku juga... tetapi siaplah kalau kebetulan aku ternampak, samada Anis pukul Omar atau haziq pukul Anis. Bila dah ada bukti depan mata aku sendiri, siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan