Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 15 Oktober 2010

@ dimensi buni 2

Aku sedang gigih mengedit dan menambahkan beberapa bab dalam siri ke dua ini, demi permohonan penerbit. Dia kata, cerita aku sayang kalau tak diterbitkan sebab siapa sahaja yang membacanya akan jatuh cinta pada siri ini kerana garapannya seolah-olah ada bisikan di telinga pembaca, memberitahu kisah 'pelik' ini satu persatu. cuma katanya dia bercelaru tak tahu yang mana satu karakter Abang Yee. so aku kena edit atau masukkan sedikit supaya dia faham. hmmm, mulanya aku malas nak melayan, bagi aku, kalau tak boleh terbit, aku terbitkan sendiri di blog aku sedikit demi sedikit... tapi takut pula kena ciplak dan diterbitkan pula oleh manusia yang tidak bertanggung jawab. Aku menulis pun bukan nak kaya. banyak mana sangatlah duit royalti tu, tak sampai pun saparuh gaji aku kot.. (aku dah riak!)... tapi aku suka keseronokan orang yang membaca. aku puas hati bila sesekali aku mendengar, ada orang yang tidak sabar menunggu sambungannya. so aku dedikasikan untuk peminat ryina ikhwan (walau xlah ramai mana, sbb xramai pun yang biul macam aku dalam dunia ni)...aku sakit kepala ni. tu yang terpaksa merapu... (sori)
sebenarnya peminat ryina ikhwan atau @ dimensi buni tidaklah minatkan aku, dia orang minatkan G. oii! TOLONG SIKIT! G TU HAK MILIK AKU TAU TAK? Tapi G dalam cerita ni memang msiteri, menyengat, serius, kelakar, gila, hensem dan so romantic... aku andaikan je lah G pun sebenarnya jatuh cinta pada Rosya... dan banyaklah helahnya supaya kecintaannya pada Rosya tidak diketahui oleh orang istana, kalau tidak habislah G... Tapi Gku kan akal panjang,,, tahulah dia nak mengenakan Raine yang sombong dan Ikhwan yang jahat manja tu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan