Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 16 Disember 2009

Haziq

hari ni 16 dis 2009 Haziq akan disunatkan pada pukul 3 pm. Semalam suami kata sebab Haziq sunat, "jom papa belanja Haziq" tapi satu famili dapat makanlah... KFC... dah berenti boikot... (naper tak boikot sampai jadi mayat? agaknya itulah kata2 en kereta mayat kalau dia baca blog aku... ) Mula2 dia nak bersunat sekali dengan anak kawan aku, tp tak jadi sebab macam lambat sgt dan aku dan papa dia pula memujuk dengan janji nak bagi RM100 selepas sunat... hmmm masa Hafiz tak adapun kena rasuah dan mkn KFC macam ni... mesti Hafiz bengkek ni... hari tu pernah dia cakap masa aku hadiahkan kereta kawalan jauh kat Haziq, dia tak pernah merasa pun hadiah macam tu... kemudian suami aku kata..."Hafiz lagi untung, sebab duduk kat Jepun dgn mami dan papa hampir 2 th... g disneyland tokyo, rasa main salji...." dan aku berkata di dalam hati... "ya Hafiz lg beruntung sebab jarak kelahiran selama lima tahun menjadikan dia mendapat kasih sayang kami tanpa berbelah bagi... sedangkan haziq paling kurang mendapat kasih sayang dari aku atau suami kerana jarak dia dgn Anis cuma dua tahun..." kerana itu juga mungkin kerana merasa bersalah pada Haziq kerana belum cukup memanjakan dia, aku sehingga kini masih memeluk, membelai dan mencium mulut haziq... walau sekali sekala juga aku cepat naik darah kerana kerenahnya yang manja, bijak tetapi banyak auta... Wahai Haziq! selamat bersunat dan selamat menuju alam remaja.. lepas ni mami terpaksa lebih tegas untuk pantau Haziq solat ya!!! Love you!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan