Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 11 November 2009

hafiz

semalam aku tidur awal... aku demam dan satu famili tak sihat... Pukul 10:30 aku terbangun, mendengar Hafiz mengaji Quran. Aku bersyukur sangat2 walau aku dan suami jarang2 membaca Al Quran, tetapi anak sulungku itu hampir setiap malam membaca AlQuran sebelum tidur... semenjak masuk tingkatan 1, itulah kemestiannya setelah aku menggalakkannya melakukan amalan itu...; kdg2 hafiz sudah bercakap dan berfikir seperti dewasa, bila aku membeli almari jati, dia berkata, "mami tak rasa membazir ke ni?..." sebelum tidur dia meminta izin untuk tidur dan meminta aku mendoakannya... jika Haziq menjawab kemarahanku dia akan berkata memarahi Haziq, "perlahankan suara tu! Tak takut dosake?" Setiap apa yang ku minta buat, dia buat tanpa bertangguh... Alhamdulillah... Ya Rabbi, Semoga hafiz menjadi anak yang Soleh, dan semoga adik-adiknya turut mengikut jejaknya setelah baligh nanti dan semoga Kau berikan kami petunjuk dan hidayahMU.... Ya Allah, matikan kami dalam Iman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan