Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 28 September 2009

hari ini hari ke3 aku berpuasa ganti, hari ke3 Hafiz berpuasa 6, dan hari pertama suami berpuasa 6. semalam, suami berkata, "mami tak boleh puasa 6, selagi tidak habis puasa ganti!" kemudian Hafiz pula menambah, "Mami! Haram puasa 6, kalau puasa ganti tak habis!"
Lalu kujawab, "Ya! Mami memang niat puasa ganti!"

Semalam selepas berbuka puasa aku bertanya pada Hafiz, "Tak nak rehat ke esok sehari, kita sambung puasa lusa pula?" hafiz mengeleng. "Hafiz nak habiskan cepat. lagipun Hafiz dah rasa tak lapar walau puasa... nanti bila habis puasa 6, hafiz nak puasa isnin khamis pula" . Hafiz mungkin sudah mendapat petunjuk, tapi aku ni mungkin belum benar2 ikhlas untuk ganti puasa. sebab aku terasa seolah-olah niat aku dah tak betul, iaitu nak temankan anak berpuasa...

Ya Allah! Ampunkan dosaku, tetapkanlah Imanku dan terimalah ibadatku... Untuk Hafiz... terimakasih kerana memberi motivasi dan semoga menjadi anak yang Solleh...

ps: haziq berkata "Haziq mana boleh puasa sunat sebab Haziq belum sunat lagi! abang Hafiz bolehlah!" anak2ku yang bermacam ragam...

4 ulasan:

  1. peh giler la gel2 spa tu..bapak bnyk

    BalasPadam
  2. byk tak terkata sampai aku pun tak tahu yg mana satu... suami aku pun suka... yg benarnya dia lebih excited bab2 pakai ni.. aku lebih suka mengumpul dan melihat berbagai warna... rasa macam benda tu hidup pula... by ryinaikhwan

    BalasPadam
  3. eerm..
    bkan boleh niat puase gnti skali dgn puase enam ke??
    bertanye..

    BalasPadam
  4. Aku bukan ustazah (pinjam blog Hamka...hihihi) ada yg kata boleh niat sekaligus, ada yg kata tak boleh... aku lebih percaya pendapat yg kata tak boleh sebab pernah dgr kuliah agama kat tv, lgpun lebih ramai yg kata tak boleh... balik raya ari tu, keluarga mentua aku semua puasa 6 sekali dgn puasa ganti... bila suami aku kata tak boleh, mak ayah dia kata boleh... so suami aku senyap utk menghormati mak ayah dia.... tp bila sampai umah sendiri, suami aku tak kasi aku ganti sekali dgn posa 6... huhuhu.. kecuali kalu dah dekat2 nak abis syawal, boleh pose 6 dulu baru ganti pose... wallahualam...

    BalasPadam