Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 11 Februari 2015

Omar Mokhtar buat Matematik

Omar Mokhtar sudah berusia 9 tahun. Dari SK Mantin dipindahkan ke Sekolah Pena Al-Ain, Nilai. Sekolah baru, suasana baru, kawan-kawan dan guru guru yang baru dan semangat Omar yang baru.  Tiada lagi tangisan kerana tidak ingin bangun pagi, tidak ingin mandi dan tidak ingin ke sekolah. Segalanya begitu teratur di awal pagi. Tiada jerit pekik aku, tiada jeritan Anis yang marah... damai sedamainya di awal pagi.. suasana yang berbeza sama sekali...

Hafiz di Kolej Matrikulasi Melaka, Haziq di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau. Alhamdulillah... rezeki anak-anak dan kelapangan dari Allah Yang Maha Pemurah. lamanya tidak menulis, mencoret di alam maya untuk tatapan sendiri.

Suatu malam, dengan suasana yang tenang dan damai, yang tidak pernah kugambarkan akan boleh setenang ini.. Omar sedang melakukan kerja sekolah. Subjek Matematik. Tolak dan campur dengan angka 3-4 digit.. sambil mengetuk sesekali meja dan kepala dan jari jemari pantas menolak dan meminjam angka, aku memerhati dan mendengar dengan teliti... tanpa menggunakan kertas untuk meminjam dan menolak angka hanya menggunakan tangan dan mulut mengomel angka2, dia berjaya menyelesaikan masalah... Contoh soalan, 3408-xxxx= 2467, bagaimana dia mengira tanpa menggunakan kertas?
Aku menghampiri untuk mendengar apa formula yang dia guna.  Mungkin dia tahu, aku keliru, dia tidak semena-mena mencelah,

"Kita ada akal, jadi kita guna akal... kalau tak ada akal, kita tak boleh guna, Omar guna cara sendiri jer... cara saintifik..."

Mak aii! bombastiknya bahasa dia guna... Dah tahap riak ni...

jadi aku pun berlalu pergi mencari makanan di dapur...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan