Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 30 Januari 2012

Tahun Rezeki Hafiz Najmi

8 Februari 2012... Hafiz akan menjejak kaki di MRSM Merbok, Kedah.  Alhamdulillah.  Untuk aku dan suamiku yang juga cemerlang dalam SRP dulu tetapi kami tidak berpeluang pun untuk ke sekolah berasrama penuh, maka aku merasa bertuahnya anak2 zaman sekarang.  Dulu zaman aku sekolah menengah, tiada orang yang boleh kurujuk jika aku mahu memohon ke asrama.  kalau mak ayah orang berada atau rapat dengan guru, maka senanglah sikit mahu memohon, jika tidak tiada siapa yang peduli.  Hafiz melakukan segalanya sendiri.  dia memohon sekolah sains dan MARA secara dalam talian sendiri sendiri tanpa memberitahu aku.  tiba2 dia cakap mahu ambil slip apa entah untuk peperiksaan MARA.  so suami aku bawa ke Seremban ambil slip dan tidak lama kemudian aku hantar dia ambil exam MARA di KPM, Beranang.  tahu2 dia dapat.  Alhamdulillah.

Jika tidak mengenangkan kesusahan Hafiz yang terpaksa berjalan kaki, menunggu bas dan berjalan kaki kembali untuk sampai ke rumah, mungkin aku berbelah bagi  untuk melepaskan dia.  Jika aku tidak terkenangkan masa dia menunggu bas berjam lamanya atau ketika dia kebasahan atau dia tiba di rumah dalam kelaparan dan terpaksa masak nasi dan goreng ayamas sendiri, aku berbelah bagi untuk melepaskan dia.  Aku yakin berjaya atau tidak seseorang itu bukan kerana jenis sekolah tetapi atas azam dan usaha diri sendiri.

Nampaknya seminggu lagi tiada lagi orang yang boleh ku suruh angkat kain, masak nasi atau buang sampah.  Kemudian sebulan selepas ke MARA dia akan berangkat ke Jepun.  10 hari dia ke sana dibawa melawat ke Miyagi Ken.  Itu adalah projek ALEPS.  semua free kecuali duit poket.  sekali lagi beruntungnya Hafiz Najmi.  Tahun ini tahun gembira untuk dirinya dan kami sekeluarga.  Alhamdulillah,  rezeki diturunkan oleh Allah Taala dalam perlbagai cara.  Hafiz seperti bermimpi dan aku juga tidak menyangka.  Ini kali ke2 dia ke Jepun.  Sebelum ini dia ke sana bersama papanya meneman aku semasa bekerja di Chuo Univ.  

Selepas dia pergi akan kutumpukan perhatian pada Haziq Najmi dan Nurul Ikhwanis pula.  aku tidak mengharapkan yang terlalu istimewa.  aku cuma mahu mereka berdua kekal dalam kelas terbaik.  Haziq akan aku hantar ke Tahfiz.  Aku tidak peduli sama ada Tahfiz itu swasta atau tidak, yang pasti akan aku didik dia menjadi anak yang soleh.  Untuk Ikhwanis, jika tidak ke sekolah asrama pun tidak mengapa.  aku mahu anak perempuan ini lebih lama bersama ku.  aku merisaukan dia...


2 ulasan:

  1. Salam puan,

    Sebuah kehidupan yang dilihat sangat membahagiakan, mudah-mudahan Allah akan memberkatinya...

    BalasPadam
  2. Ameen...terimakasih atas doa...

    BalasPadam