Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 8 Oktober 2011

kerjaya yang menguntungkan ??

Hari ini aku memasak bihun goreng untuk sarapan pagi.  Masakan kegemaran semua orang dalam famili kecuali Omar.  Anis, Haziq dan Hafiz makan dan menambah lagi sepinggan.  tetapi suami aku tak sempat nak makan.  pagi2 dah keluar ke bengkel kereta kepunyaan kawan dia, untuk membaiki kereta aku.  kereta aku tu dah sebulan mengaum macam kapal terbang.

So sedang aku mengetuk2 papan kekunci komputer riba dan anak-anak sedang belajar secara paksa rela, aku berkata,
Aku: alahai papa ni, tak sempat pun makan, mami dah masak..
Anis: Ha ah... entah2 dia ada bini lain mi... (dalam hati aku "amboi mulut budak ni...")
Aku: ha ah.. entah2 betul..
Hafiz: mana Anis tau, dosa tau tak fitnah...

Aku cuma senyum jer.  dan teringat kisah kawan aku yang secara tiba2 bermadu.  Sudah suratan.  kadang-kadang2, walau suami kita sayang kat kita, dia tetap berkeinginan untuk kawin lebih dari satu.  Bak kata Hafiz yang didengarnya dari ustaz, lelaki yang tak normal jer yang tak ada keinginan untuk kawin lebih.  Jadi kalau suami ada hasrat untuk berkahwin lagi satu, jangan panik, sebab dia sah lelaki normal.  cuma ada yang menyimpan hasrat itu kerana tidak mahu menyakiti hati isteri yang dicintai.  Ada lelaki yang menyimpan hasrat itu tetapi menunggu calon dan masa yang sesuai.  ada suami berkahwin kerana isteri tidak melayan kehendak seksnya.  dan hari ini terbaca bayi kena liwat dek bapa kandung durjana dek isteri yang menolak ajakan suami yang berpantang 23 hari.  Maknanya budak itu baru berusia 23 hari... bagi aku satu perkataan jer yang sesuai untuk orang macam ni .... "bangsat!"  Dan semoga orang itu cepat insaf dan merasa berdosa.

semalam belanjawan 2012.  Kakitangan awam dapat bonus lagi separuh bulan dan dapat lagi kenaikan gaji mulai tahun depan.  Syukur.  rezeki dari Tuhan.  Cuma aku harap kakitangan sektor awam lebih banyak mendapat kenaikan gaji dari gred 52 ke atas.  Jangan pula peringkat JUSA pun dinaikkan sekali, nanti jurang semakin tinggi.  Elok juga kalau biarkan bahagian sokongan sahaja dinaikkan gaji,  kesian aku tgk dia orang, kerja gila2 dapat xsampai pun 2k.  Biar org kata org kerja kerajaan byk habiskan masa dengan facebook tetapi itu cuma segelintir sedangkan ramai yang komited dan ikhlas bekerja terutama yang senior.

dan akhbar kata cikgu yang mendapat kenaikan tertinggi.  Hmmm, cikgu ni ramai sangat pembelanya, asyik dapat kenaikan gaji,  adik aku pun cikgu, kawan2 aku pun ramai cikgu, tetapi bila mengenangkan cikgu yang xsenonoh, aku rasa sebal.  Patutnya cikgu yang terbukti cemerlang atau penilaian bagus oleh murid2 jer dapat semua insiatif tu.  cikgu yang kurang ajar dan mulut celupar, yg xabis silibus, dan pengetua malas nak cemerlangkan sekolah tak payahlah bagi semua tu,  membazir!  kalau pensyarah, belajar sampai phd, stress macam2 masa belajar, bila dah abis, stress dgn research, publication dan pangajaran... kena nilai lagi oleh KJ dan pelajar pula... malangnya gaji cikgu lebih banyak dari sesetengah pensyarah!

Tak kisahlah kerja apa pun, buatlah yang terbaik... jangan harapkan gaji jer naik tapi tak ada kualiti.  Masa berada di atas jenguk2lah orang di bawah kerana hidup ini ibarat putaran roda. bila kita mengabaikan dan mengambil kesempatan ke atas orang lain semasa kita berada di atas, bila kita berada di bawah pula, kita akan sesal dgn apa yang telah kita buat dan orang pun tidak hormat.

kenapa entah rasa nak membebel pulak hari ini.... last sekali untuk kawan aku yang dimadukan, semoga cepat dapat menghadapi cubaan ini.  diberi dugaan olehNya kerana Dia sayang kamu, kerana kamu mampu menerima cubaan ini.  Buatlah yang terbaik untuk suami walau dia telah melukakan kamu.  kerana pasti masih ada cinta antara kamu dan dia.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan