Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 14 Mei 2011

penyelidikan, peperiksaan, pembentangan dan Hari Sukan Omar

Terasa lama tidak mengemas kini blog.  Sibuk sepanjang dua minggu.  Minggu pertama sibuk dengan temubual pelajar sekolah berkenaan minat dan corak tontonan anime mereka sepanjang minggu.  Sungguh seronok bertemu bual dengan mereka yang rata-rata bersungguh2 ingin meluahkan perasaan teruja mereka terhadap anime.  Hinggakan ada seorang yang setelah habis satu jam, telah menawar diri untuk bercakap lagi tentang anime, sedangkan kami para penyelidik telah selesai dan penat fizikal dan mental.  ada yang tidak terpilih untuk ditemubual tetapi tetap datang untuk ditemubual kerana tidak mahu ketinggalan.  token yang diberikan untuk mereka adalah fail yang dibeli di Jepun yang mempunyai gambar karakter anime. apa lagi, semua berebut dan mata2 melilau mencari yang sesuai.

kemudian aku sibuk dengan menjaga peperiksaan serta menandakan kertas peperiksaan.  sebaik sahaja selesai, bergegas pula menghadiri meeting, mewakili jabatan.  Jabatan kami masih lagi tidak mempunyai Ketua, dan aku telah dipanggil oleh dekan kerana telah mendapat undian tertinggi bersama salah seorang lagi rakan pensyarah.   oleh kerana kawan itu menolak, nampaknya aku lah yang terpaksa memikul tanggung jawab tersebut.  InsyaAllah.  aku harap aku dapat berkhidmat dengan cemerlang sebagaimana KJ yang lalu.  Bagaimana agaknya menjadi seorang boss?  takut pun ada, seriau pun ada.... semoga Allah mempermudahkan kerja aku...  supaya aku tidak emosional dan tidak tergugat dengan kerenah orang bawahan yang berbagai.  Walau pun mendapat undian tertinggi tidak bermakna semua  orang menyukai aku.  dan orang yang mengundi aku tentu kecewa, setelah nanti mereka tahu aku jenis manusia yang tidak lemah dek dipuji mahupun dikeji.  Aku tidak minta diundi, aku juga telah menyatakan secara jelas, aku tidak mahu terlibat dengan sebarang penamaan calon atau rayuan undi (hahaha) mahupun  beli undi.  tetapi jika dengan sebegitu cara, aku masih juga diundi sudah tentulah aku tidak dapat melupakan kepercayaan orang terhadap aku.

Kawan aku dari UiTM mengajak membentang kertas kerja di Venice tetapi rasanya tak boleh nak turut serta, tarikhnya bertembung dengan hari raya puasa dan aku pula tidak berkesempatan untuk menulis abstrak... masa tidak kena, kesibukan sepanjang 2 minggu selepas balik dari Sarawak.  senang cerita aku bentang sahaja kertas kerja di seminar fakulti aku.  duit penyelidikan pun sudah semakin berkurang, cukup untuk membeli perisian N-Vivo dan lap top sahaja...

Hari ini pula, hadir hari sukan tadika Omar.  Omar dapat tempat ke3, acara lari berganti2.  dapat juga hadiah saguhati.  Yang paling best dapat cabutan bertuah. Haziq pula berlatih silat dengan cikgu taekwando sebab esok mahu serta hari belia negara (?) di Paroi.,  sungguh rajin haziq dengan acara sebegini tak mengikut perangai aku yang rela menyorok dalam tandas sekolah sebab tidak mahu bersukan.  dia mengikut jejak suami aku yg masa sekolah dulu mewakili Pasir Mas main bola dan hoki.  Kalaulah Haziq pun ikut kerajinan suami aku...  :((  dan kalaulah dia rajin mengulangkaji pelajaran, tidaklah no dalam kelas semasa ujian bulanan dulu merudum, dari no 19 masa darjah 3 menjadi no 36!  heh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan