Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Selasa, 3 Mei 2011

Mahu pangkat atau nama?

Bosan gila dengan permainan politik.  dahlah permainan politik malaysia haru biru. orang ni kapir, orang tu masuk neraka, orang ni kaki perempuan, yang tu pulak kaki liwat, rasa macam tak ada yang cerdik.  kenapa entah ramai sangat orang yang berebutkan nama dan pangkat ni?  Bukan ke elok kalau buat je kerja sendiri, gasaklah sapa nak naik pun, dah rezeki dia, yang tak puas hati tunggu je  la giliran orang lain atau diri sendiri jadi orang atas pula.   Tak perlu nak kejar2 sangat pangkat atau nama ni. Kat kubur esok, tak ada pun 'title' kau yang dipanggil.  Kat timbangan esok2, bukan ada sukat kati anugerah dan jawatan yang pernah disandang.  jadi boss ni banyak dosa kalau niat tak betul.  Silap haribulan masuk neraka terus sebab cenderung nak kasi projek kat diri sendiri dan kroni.  Semoga aku kalah dalam pilihan raya esok.  Ameen.  tak pasal-pasal nama aku masuk senarai sebab bantahan nama calon sebelum ini.   tapi kalau aku menang takkan aku nak tolak pulak?  itu dah jadi tanggungjawab aku untuk tunaikan kepercayaan orang.  Bukannya aku penakut dan tak ada prinsip hidup.  Tengok?  tak pasal2 orang tak puashati dengan aku takut calon kegemaran mereka kalah?  tu belum aku naik lagi.... aku dah jadi mangsa keadaan... sabo je lah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan