Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Khamis, 31 Mac 2011

cerai? Mahu dilaknat malaikat?

demi mencari rezeki, (semoga suami dipermudahkan rezeki, ameen) semenjak dua menjak ini selalu sangat dia keluar daerah. Minggu lepas dia ke Lambung (?), Indonesia, kemudian ke Taiping, bermalam di sana, dan kelmarin ke Ipoh, juga bermalam di sana. Aku pun xtaulah nak describekan macanama kerja suami aku, mcm2 adaaa...R&D la, consultant la, jual parts kereta terpakai... tp sikit je lah mendatangkan duit . projek R&D tu pun, entahlah, kalau ada pembeli... akan dijual tetapi rasanya dia pun tak dapat apa sebab hasil jualan tu nak digunakan untuk bangunkan spa village!!! maknanya, aku masih lagi tidak boleh beli apa sahaja dengan kehendak hati aku.. dah lama dah tak merasa boros ni... oh! aku nak boros...beli sahaja apa yang aku nak... cepat2lah suami aku kaya (ameen).
Kelmarin masa suami aku tengah drive jaguar (er, kawan dia punya) aku telefon...
"papa dengan siapa ni?"
"dengan XXXX"
"ingat nak bincang dengan papa... tapi tak apalah... balik nantilah..."
"ok"
tak sampai 10 minit, dia call balik.
"kenapa? ada apa nak bincang?"
"rasa nak cari side income dengan jadi usahawan internetlah... dan blablabla..."
petang, bila dia jemput aku balik, dia tersengih beritahu aku,
"mami wat suspens je... ingatkan mami nak bincang apa... terkejut papa..."
"papa fikir apa yang mami nak discuss?"
"ingat dah tak larat dah hidup dengan papa... tak larat kena lanyak ke, nak minta cerai ke..."
Aku terkekeh-kekeh ketawa. kesian suami aku. Semoga dia berjaya. Ameen. Aku rasa tidak ada sebab untuk dia tidak berjaya, jika kena dengan team yang betul.. Allah tidak menganiayai MAKHUKNYA... lap you babe!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan