Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 26 Januari 2011

terasa macam nak menulis surat cinta

salam ukhwah untuk mu, semoga dirimu berada di dalam keadaan sihat dalam perlindungan Allah yang Maha Perkasa...

Antara kau dan aku sememangnya ada hubungan istimewa dan nampaknya hubungan itu terpaksa kita tamatkan sama ada secara baik atau secara berpatah arang. Bukan salah sesiapa. Aku tidak menyalahkan dirimu, apatah lagi menyalahkan diriku sendiri... aku "menyalahkan" keadaan walaupun sebenarnya aku dan dikau sepatutnya memperbetulkan keadaan supaya masalah yang kita hadapi tidak membengkak, bernanah dan membusuk.

Tiada perasaan benci atau marah apatah lagi perasaan sakit hati. yang ada dalam diriku cuma perasaan tiada daya, juga tiada upaya. aku serahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi kerana aku tidak ingin memaksa diri lagi. Menjadi yang terbaik untukmu bukanlah anganku sejak dulu, tetapi menjadi yang terbaik dan kekal dalam prinsip dan kesederhanaan dan kekuranganku adalah impianku sejak aku bergelar dara pingitan.

ya, aku seorang yang pendiam.. benar aku pendiam. tapi diamku tidak bermakna aku tidak berfikir. Aku "gila-gila" tetapi kegilaanku cuma ku paparkan kepada orang yang rapat denganku... aku cepat marah, dan walau begitu aku tidak pernah memaki hamun orang yang menyayangiku..

aku terima kekuranganku seadanya... walau begitu aku tahu aku berpegang pada prinsip yang satu... prinsip hidup aku... prinsip yang selalu didendang oleh arwah ibu... hidup biar berprinsip... biar hilang harta, tapi jangan hilang prinsip... kerana sekali anda hilang prinsip, malunya tidak tertanggung....

maka dengan itu, aku mengundur diri secara rela... dan redha... walau sayang masih ada, walau rindu tidak bisa ku tepis, walau hormatku pada mu masih tebal, terimalah pemergianku... kerana aku sudah tiada daya untuk bersama lagi... maafkan aku...

er: coretan ini tidak kena mengena dengan papa tau... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan