Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 29 Disember 2010

GAY

Isnin, aku pergi ke salon rambut sebab mahu potongkan rambut anak2 yang sudah menjadi sarang tebuan. Minggu depan anak2 mula bersekolah dan aku akan mula bersyarah semula sejak setahun cuti sabatikal. Sedang aku membelek majalah fesyen rambut, seorang pelanggan lelaki Melayu datang dan meneman anak perempuannya yang masih berskolah rendah mahu mewarnakan rambut. walau aku tidak senang melihat budak sebesar itu sudah pandai mengubah ciptaan Tuhan dengan restu ayahnya sendiri pula, aku diam sahajalah.. lagipun aku mahu bersangka baik, mungkin salon rambut cina itu menggunakan pewarna rambut dari inai... apa pun tentu masih ada waswas juga kan.. lantaklah dia.. aku mencemuh dalam hati sahaja.

dari perbualan lelaki Melayu (umur muda sikit dr aku kot)dengan lelaki cina penggunting rambut itu, aku tahu mereka pernah kenal mengenali dan sama-sama pergi pergi ke UK... ah! aku tak kisahlah... aku pun sudah pergi ke Jepun dan Korea, so ada aku kesah ko dok mana? tetapi selepas itu keluar cerita yang lelaki Melayu yang ditemani anak perempuan (yg tgh diwarnakan rambut) dan anak lelaki (may be 6/7 th)berkata dia ada sebuah rumah di UK... so terujalah lelaki cina itu kerana lelaki melayu ni ada rumah di UK... ada aku kesah? aku pun ada banyak rumah, rumah banglo, rumah murah, rumah apartment, rumah tangga, dan rumah perigi di rumah pusaka keluarga aku.. hehehe... intipatinya selepas itu lelaki melayu ini memberitahu lelaki cina itu bahawa dia selalu ke sana dan bila ditanya kenapa selalu ke sana (UK) dia menjawab, "my boyfren s live there" oyoyoyo... cina ni tersentak dan tergagap mahu memberi respons yang bagaimana.. aku yang mula bengkek, masam muka dan terus tunduk... inilah contoh lelaki seorang ayah melayu moden sekarang ni... terbuka sehingga membenarkan anak megubah ciptaanNya, (biasalah, dia pun kaler rambut warna jadi perang, walau sah2 kulit warna Melayu dan kemek)dan terlalu open minded utk bercakap ttg nafsu songsangnya kepada orang lain di tempat awam... aku harap aku cuma salah faham... mungkin aku tersalah dengar atau mungkin betul 'boy frien' tu merujuk kepada kawan kepada lelaki ini yang berjantina lelaki, bukan 'kawan lelaki' dalam erti kata yang biasa aku yang buta bahasa Inggeris ini fahami...

1 ulasan: