Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Rabu, 22 Disember 2010

CIMB oh CIMB

Suami aku 'tersalah masukkan' cek RM500 yang bertarikh 10 hb pada petang 9 hb Disember. Hari ini 22 hb, duit tidak masuk2.

Minggu lepas, suami aku menelefon seorang pehawai CIMB, pegawai menjawab, "tu memang pos dated check, tak boleh masuk".

Sebelum tu suami aku dah cek dgn cimb clicks, cek tu dimasukkan ke dalam sistem pada 9 dis pukul 10 malam... so suami aku menjawab, "you all tak boleh ke tunggu sehingga pukul 12, kalau you all tunggu selesai masalah"

kemudian pegawai menjawab, "tu bergantung kepada officer.."

suami aku dah mula bengkek "so you all ikut mood officer la ni, kalau mood officer ok, dia tunggulah 2 jam tu, kalau mood tak ok, tak tunggu lah ya, awak charge rm20 sebab apa pulak, saya tgk dalam sistem (CIMB click) cuma charge RM10.00?

"ya... denda rm10.00 tuk post dated check, rm10.00 tu nanti you boleh claim balik.."

Suami aku jawab balik, "senang je you cakap boleh claim balik, kalau saya tak tahu, duit rm10.00 tu burn lah kan.. senang2 je amek duit orang... ni dah berapa hari ni, cek ke mana? tak ada orang call pun saya.."

"kita memang tak telefon..."

kalau kau orang tak telefon, kau orang suruh kita orang tulis no telefon kat belakang cek tu kenapa pulak? tak payahlah suruh orang isi no kalau tak nak calll"

senyap...

kemudian pegawai cakap akan poskan resit, nanti guna resit tu untuk claim dgn officer. semalam, resit tak dapat pun lagi, so suami aku pergi ke kaunter CIMB UPM. aku takut nak masuk sekali dengan suami aku. aku tak suka tengok suami aku marah2 kat orang. suami aku ni jenis cool, tapi kalau dia dah mula tension dan berasap, habislah kena 'sound' tahap gaban.

Jadi bila dah dekat nak abis, aku masuk CIMB dan dengar dari jauh.. sebelum datang kaunter tu dah diberitahu oleh pegawai yang lain bahawa charge RM10.00 yang boleh diclaim tu adalah caj penghantaran resit.

aku dengar dari jauh, sayup2, suami aku tak adalah marah2, tapi pegawai yang mendengar tu rasanya kecut perut sebab tak tahu nak jawab apa.

selepas selesai, suami aku ajak aku belah dan dia membebel "sama je lah jawapan dia orang, mmg dia orang tak call. bank lain apasal pulak call customer, bank ni tak boleh call? caj sampai RM10.00 tuk antar resit, tapi dah 3 minggu xsampai2... bila orang tanya, kat mana cek tu, dia jawab tak tahu... apa jenis bank macam ni..."

aku bertanya, "duit rm20.00, bank dah tolak?"

"Dah tolak dah, tapi cek hilang tak tahu g mana, resit pun tak sampai... bodoh punya kerja..."

bagi aku pulak, "Memang bodohlah CIMB ni!!!! tak cekap dan tak profesional. aku rasa macam nak tukar kepada RHB bank atau bank rakyat... dan kalau aku ada sepupu ke sanak saudara yang kerja lawyer memang aku rasa nak saman sebab caj mahal dan tak munasabah tapi kerja macam orang Pakistan kot!!!!! ambil kesempatan untuk 'CURI' duit customer secara terhormat. kalau perkara macam ni berlaku kat Jepun, (takkan berlaku, sebenarnya" dia orang akan minta maaf kat customer dengan menelefon dan sebagainya. Aku pernah beli stereo kat sana, aku complain melalui telefon, esoknya dia bawa stereo baru datang rumah aku, siap pasang dan test ok ke tak, dengan kepala terhangguk2 dan tunduk hormat sampai 90 darjah.

Alahai CIMB, sistem kau orang macam zaman tok kadok! tak ada prosedur! makan duit orang! usahkan dengan banding dgn Jepun, banding dengan Indon pun tak tentu lepas!

3 ulasan:

  1. 28/12 check telah dimasukkan setelah pegawai CIMB menelefon (bedasarkan kiriman emel suami kepada CIMB)... terima kasih kerana menelefon dan bertanya ketidakpuasan hati pelanggan. :)

    BalasPadam
  2. salam, sy pon menghadapi masalah yang sama, boleh bagi email pihak cimb tu tak?

    BalasPadam