Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 11 April 2010

Umar Abd Aziz

Ketika orang ramai meratakan tanah di perkuburannya sehelai kertas dari langit jatuh tepat di perkuburan dan tertera ayat "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, jaminan keselamatan dari Allah bagi Umar bin Abdul Aziz daripada sentuhan api neraka"

Seorang anak muda yg mati syahid mendatangi ibu bapanya dan menjawab pertanyaan ayahnya dengan berkata "Benar ayahku, pada hari ini para syuhada dengan izin Tuhan dibenarkan melawat Khalifah Umar Abdul Aziz yang meninggal dunia" kemudian anak itu kembali kepada kudanya dan ghaib.

Fatimah isteri Umar Abdul Aziz menolak cadangan adiknya Yazid b Abdul Malik untuk menerima semula harta milik Fatimah yang diwarisi dari ayahandanya setelah diserahkan kepada baitulmal.

Maisarah, jariah Umar Abdul Aziz dibunuh setelah dia menolak untuk memberi racun kepada Umar Abdul Aziz. Dirhan yang menggantikan Maisarah bersetuju untuk membubuh racun ke dalam minuman Khalifah Umar. Dirhan kemudian dilepaskan oleh Kalifah Umar setelah wang upahan itu diserahkan kepada baitulmal. Dirhan kemudian meratap dan meraung menuju ke Padang Pasir.

Sebelum itu Khalifah berjumpa dengan Abdullah bin Zakaria. seorang alim yang doanya mudah dikabulkan Tuhan. Umar meminta Abdullah mendoakan supaya Allah mencabut nyawanya. Lalu Abdullah berdoa "Ya Allah, jangan biarkan saya hidup selepas kematian Umar.."

Ketika sakit makin teruk dengan linangan airmata Khalifah berkata "wahai anak-anakku, ayah meninggalkan kamu tanpa apa-apa. Saya menitipkan kamu kepada Tuhan. Wahai anak-anakku, saya diberi dua pilihan. Meninggalkan kamu dengan menjadi kaya tetapi ayahmu dimasukkan kedalam neraka atau meninggalkan kamu dalam kemiskinan tetapi ayahmu dimasukkan ke dalam syurga."
Jawab 11 anaknya, "kami rela miskin asalkan ayah kami masuk syurga"

Martsit, jariah isteri Umar berkata, "Malam tadi saya menunggu Amirul Aminin seperti yang disuruh, sedang saya menunggu tiba-tiba datang makhluk bukan manusia dan bukan jin. Amirul Mukminin menyuruh saya keluar, kemudian saya mendengar suara berkata "Syurga itu kami peruntukkan bagi orang yang tidak menginginkan kemegahan di muka bumi dan tidak pula membuat kerosakan. Kemenangan itu bagi orang yang bertaqwa..." Selepas itu Fatimah masuk ke bilik dan mendapati Khalifah mengiringkan badan ke arah kiblat dan sudah tidak bernyawa lagi.

Khalifah Umar Abdul Aziz dan isterinya sudah biasa dengan kemewahan dan gemar memakai pakaian mahal tetapi mereka tetap bertaqwa kepada Allah. Setelah menjadi Gabenor dan seterusnya Khalifah, pakaian yang ada hanyalah beberapa pasang yang sudah lusuh dan bertampal sedangkan pada zaman pemerintahannnya negara amat makmur dan kaya raya sehingga tiada orang yang layak diberikan zakat. (petikan dari novel Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah AlRasyidin, PTS.

Subhanallah.... betapa novel Abdul Latip Talib ini mampu membuat pembacanya menangis akan ketaqwaan dan kesederhaan hidup cucu Umar Al Khattab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan