Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Jumaat, 11 September 2009

menangis... anugerah Tuhan yang sentiasa aku syukuri

sudah lama aku tidak membaca novel... maknanya sudah lama aku tidak menangis... akhirnya anak sulungku Hafiz Najmi (13th) meminta aku membeli novel sejarah Islam... lantas ku belikan dan sebelum sempat dia habis membaca, aku terlebih dahulu membacanya sambil air mata menitis di pipi... Novel "Bilal bin Rabah" dan "Khalid Bin Walid" membuat aku menyusuri sejarah pada awal Islam, memahami peritnya pengorbanan Rasulullah dan para sahabat... setiap kali aku menangis, selalunya terdetik di hatiku akan besarnya rahmat Tuhan kepadaku, memberikan aku emosi dan sensitiviti... bahawa emosi marah, sedih, dendam, terguris adalah kurniaan Tuhan yang Maha Besar... pernah juga aku berkata kepada suami.... 'lamanya aku tidak menangis" , dan suami akan tersenyum mendengar tetapi tidak mengulas panjang... sungguh, selepas menangis, hatiku menjadi tenang.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan