Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Sabtu, 14 November 2009

tragedi mata suami dan gel mata bigdee spa

suami aku dibedah mata pd hujung Mac 2009. Sebelum dibedah dia mengadu mata dia tak nampak, macam ada spot spot hitam. kadang-kadang dia sakit kat bahagian atas kening mata. aku buat acuh tak acuh je... bukan tak ambil berat tp aku rasa suami aku tak cukup rehat. pagi bangun kul 6 balik umah pukul 8 mlm. kadang-kadang pukul 11 mlm. dia mengajar sambilan kat itm serta MARA. balik malam pula dia marking kertas exam student MARA, kelas intensif bahasa Jepun, so memang setiap hari ada test dan homework. suami aku pula jenis yang kalau tak siap keje tak boleh hidup dgn tenang. so aku diam je masa dia cakap... aku nak cakap apa?

Suatu hari dia ajak aku ke klinik mata TUN Hussin Onn PJ. Misi tunjuk dua jari depan mata suami, dia tanya, berapa jari nampak,suami kata 'satu'. Misi terkejut, suami terus dibawa ke Dr pakar mata, Dr Paul. Dr Paul check mata, lepas aku dipanggil bersama.
dia terangkan kemungkina2 pembedahan dan kerosakan mata. kami dengar je macam faham.
Dr: hari ni warded malam ni bedah... retina mata jatuh.. (lebih kurang mcm tu dia cakap aku tak faham bahasa dr, walau aku pun 'dr' gak)kita ikat dgn getah...
Suami: boleh tak tunda sebulan lagi... saya tak boleh nak cuti lagi sekarang...
Dr: retina mata jatuh, kalau lambat sikit nanti buta...
aku:(kesian kat suami yg byk kerja nak settle) boleh tak buat dua minggu lagi... dia byk kerje sangat ni... student dia, class separuh jalan...
Dr: (dah bengang sikit) kalau dah buta, satu kerje pun tak boleh buat...
Aku dan suami baru tersedar dari khayalan... rupa2nya tahap serius... dr nak bedah hari itu juga.
suami: kalu macam tu saya balik dulu, sebab saya nak hantar kereta balik, isteri saya tak boleh drive keta saya bawa ni, kena tukar kereta... kalau saya terus warded isteri saya nak balik macamana? anak-anak saya nak kena settle dulu...
Dr: sebenarnya saya tak nak benarkan awak balik, tp sebab awak dah janji nak datang hari ni juga saya benarkan...
Aku dah bersalah sebab tak belajar drive kereta MPV evasion... kalau tak aku boleh balik sendiri tak payah susahkan suami aku yang dah berapa nampak, dan urat mata dia pun dah kembang sebab dititis macam2 ubat. sebelum balik suami aku jalani ujian lagi... dah tengahari baru kami balik... on the way balik suami aku dah tak boleh drive, dia dah tak nampak hampir keseluruhan. aku dah nak panik. aku pandu Evasion pula,,, kereta besar macam tu, brake etc aku tak biasa , buat lutut aku sejuk untuk sampai ke Mantin...
Aku: mami rasa lutut mami ketar2.. sejuk je kaki...
Suami: ketar2 apa? bawa sampai 13okm?
Aku: ya ke? tak perasan pun...
Suami aku tersenyum
sampai rumah aku kemas baju2 suami dan aku drive Gen2... dalam hati berkata tak sangka betul niat ke hospital nak beli ubat je, rupa2nya terus kena bedah?
sampai hospital, aku terus balik rumah sebab nak kena ambil anak2. sian suami aku... tp nak buat macamana. Nak minta mak mertua datang pun, suami tentu tak benarkan...

suami aku warded dua malam rasanya. kos rawatan hampir rm4000. sendiri bayarlah... suami nak mohon duit epf. sebab kami bayr tu dgn kad kredit. lg pun suami aku berdendam dgn epf, dulu dia minta nak beli komputer tak dapat, nak claim aku bersalin secara pembedahan pun tak dapat... so kali ni dia nak cuba sampai dpt... so kami pun minta surat sokongan hospital dan submit kat epf kajang, epf kajang kata ok sebab dr pun dah sign... tup tup tunggu punya tunggu epf kata tak boleh.. suami aku dah bengang gila sampai dia nak maki2 org epf, tp sebenarnya yg meluluskan atau tak meluluskan tu epf seremban. epf kajang kata buat surat rayuan,,.. hari tu masa submit borang claim tu, suami aku dah bagi surat rayuan... nak lagi..
tak pa... tak pa... nanti mami buat surat rayuan... mami tulis sampai pegawai epf tu menangis... kalau tak pun dia akan berhingus baca ayat mami... aku kata kat suami aku... aku ketawa terkekeh-kekeh tapi aku yakin benar kalau pegawai tu baca surat rayuan aku, mesti tangkap leleh punya... hahaha... suami aku pun turut tersengeh-sengeh... maka aku pun mengarang surat sedih mengalahkan surat putus cinta.. lebih kurang macam di bawah ni

dari...
kepada...
tuan,
RAYUAN PERMOHONAN PEMBAYARAN PEMBEDAHAN MATA
Tuan, surat tuan bertrikh... adalah dirujuk.
Saya ingin merayu pada pihak tuan mengenai kos pembedahan mata.....
ingin saya maklumkan tuan bahawa sebelum ini saya telah memohon untuk mengeluarkan simpanan saya bagi membayar kos hospital isteri saya tetapi permohonan saya tidak dipertimbangkan, malah tidak diproses pun. saya juga telah memohon untuk mengeluarkan simpanan bagi membeli komputer tetapi permohonan saya ditolak. kali ini saya ingin mengeluarkan simpanan saya untuk membayar kos pembedahan mata saya. pembedahan i ni saya lakukan bukan dengan suka-suka sebaliknya jika tidak berbuat demikian secepat mungkin mata saya mungkin buta sebelah. saya boleh ke hospital kerajaan tetapi saya yakin saya perlu menunggu giliran yang lama. sebelum sampai giliran saya atau sebelum dr ditemui, saya mungkin sudah buta.
sebagai seorang yang bekerja sambilan dan hanya beberapa bulan dalam setahun mempunyai pendapatan, saya benar2 berharap agar permohonan saya dipertimbangkan pihak tuan. namun sebaliknya pula berlaku. kos pembedahan itu isteri saya bayar melalui kad kredit. saya kesiankan isteri saya yang sepanjang hari mencukupkan keperluan dan sekarang terpaksa pula menanggung hutang kad kredit akibat pembedahan saya.
saya benar-benar berharap pihak tuan memahami keadaan kami sekeluarga. budi baik tuan, hanya Tuhan saja yang membalasnya.
sekian, terimakasih.

Nah! aku kasi surat kat suami. kalau papa baca pun, papa menangis!!... aku ketawa tapi mata aku menahan air mata dari keluar... aku betul2 menghayati penulisan surat tu. aku kesiankan suami aku juga kerana dia merasa bersalah kerana aku terpaksa guna duit aku untuk bayar kos pembedahan matanya....

Dua minggu lepas tu rayuan 'suami' aku diterima dan dia bayar balik kad kredit aku... so
terima kasih pada EPF kajang yang baik hati dan mesra serta epf seremban yang tersentuh hati baca surat aku... fahamilah kesulitan orang lain juga ye... jgn berkira sangat nak beri duit org tu...

walau selepas dibedah suami perlu juga jumpa Dr Paul... kena check mata dan menunggu dan bayar RM50/ setiap kali pergi. mata suami belum pulih sepenuhnya. tp dia dah bosan g hospital. secara kebetulan kami pergi ke Shah Alam, so kami pergi jumpa Mr BiGDee, tuan punya BigDee spa.. Sifu tu kasi satu gel suruh sapu kat bahagian mata. Esoknya suami aku bagitahu ada kesan... may be kurang rasa berdenyut or sakit kot... pas tu kami bincang nak beli.. aku sms sifu (BigDee) tu la... org dok panggil dia sifu, aku pun panggil la juga, lagipun dia ni ada ciri2 macam M.Nasir sikit, so aku rasa ok kot panggil dia sifu.. tanya harga, dia kata RM800 sebotol... tapi aku nekad nak beli juga walau suami aku berbelah bagi... tp sifu ni baik hati, dia kesian kat aku kot, rupa macam org tak dak duit... so aku dapatlah diskaun.... sampai hari ni suami aku sapu setiap pagi... kalau tak sapu, memang mata dia tak selesa...


2 ulasan:

  1. Salam ziarah..
    Satu kemestian bg org pompuan skrg ni utk blaja bw kete. Sy pun hanye tau bw kete kecik2 je ..hehe..kete auto pun xtau..manual tau le

    BalasPadam
  2. terbalik pula... biasanya kereta manual yg org tak reti nak bawa... saya tak cuma tahu auto sahaja... semua kereta kat umah auto...

    BalasPadam