Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan

Khamis, 7 April 2011

Stalker and me

Stalker dan aku memang tidak dapat dipisahkan.  Kejadian semasa tingkatan 5 apabila diikuti seorang kenalan dengan aku berbasikal dan dia bermotor memang satu kejadian yang membuat aku serik dan trauma sehingga ke hari ini.  Hinggakan aku takut bila sekali sekala balik kampung, melalui jalan di mana bekas sekolah menengah dan tempat di mana kenalan aku itu tinggal.  Aku takut bila terserempak dengan dia.  Mungkin aku ini cinta pertama dia sehingga sanggup dia berbuat demikian.  Tetapi aku masih ingat akan dia yang datang ke rumah aku saat keluarga aku mengadakan kenduri sebelum aku bertolak ke Jepun.  Yang menjemputnya adalah Azmawati, kawan baik aku yang sebelum itu secara bergurau mahu menjemput budak lelaki tersebut.  Rupa-rupanya Azmawati tidak bergurau.  Terkejut bukan kepalang aku melihat dia.  Tetapi aku menegur dia.  Aku betul-betul ikhlas mahu berkawan dengan dia dulu, tetapi dia yang merosakkan diri dia sendiri.
Masa masuk matrikulasi juga, kontroversi menghimpit aku dalam senyap.  Mungkin tidak ramai tahu.  Rakan seangkatan pun tidak tahu kerana aku memang pendiam.  Bila orang menghulurkan salam perkenalan, aku menyambut dengan tenang.  Aku tidak memilih.  Akibatnya orang bergaduh kerana aku.  Begitu juga ada juga rakan seangkatan yang sukakan aku, tetapi aku tidak tahu kerana tidak pernah diberitahu.  Kalau diberitahu, mungkin aku buat tidak tahu sahaja.  Kerana impian untuk ke Jepun membuat aku tidak melayan sesiapa kecuali sebagai seorang kawan.  Tetapi rakan seangkatan tidak berani rapat dengan aku, mungkin kerana aku ni macam budak ‘blur’ dan tak tahu apa-apa.  Tetapi bila ada pelajar kolej budak fakulti atau budak asasi sains berkawan dengan aku, kecohlah beberapa orang mengusik dan mengejek aku.  Aku memang suka berkawan terutama lelaki sebab bagi aku, leceh berkawan dengan perempuan, cakap sikit merajuk ke, marah ke, jeles ke… so aku memang suka bercakap dengan orang lelaki.  Aku masih ingat masa sekolah menengah, walau aku baik sangat dengan kawan2 perempuan, tetapi aku tidak segan dengan kawan lelaki, aku boleh bercakap kasar dan bergurau dengan mereka. 
Masa di Jepun juga, walau aku telah ada pak we, ada juga sampai bergaduh sebab nakkan aku.  Mungkin aku jenis yang menjaga hati orang, jadi orang salah anggap, atau apa? Alhamdulillah selepas aku kahwin, sudah semestinya aku tidak lagi ada kontroversi apa2.  Kecuali bila aku mula menggunakan facebook.  Sungguh malang bila orang yang pernah suka aku dulu, meluahkan perasaan sayang dia kat aku.  Ello! Awak suami orang, saya ni bini orang! Ada akal ke? So trauma tu kembali, sehingga berat sangat untuk aku jika ada orang ajak reunion? Kalau orang itu datang macam mana? Kalau isteri dia serang aku macam mana?  Aku tidaklah risaukan suami aku sebab dia tahu semua benda yang berlaku pada aku.  Jadi kini aku agak menyesal kerana “bereunion” di facebook.  Tetapi setelah block orang tersebut aku kembali normal.

Kepada kawan aku yang berbuat begitu, insaflah... kasihanilah isteri dan anak2.  Sekali hati perempuan terluka, menangis airmata darah pun, dia takkan kembali pada kamu.  Jika kamu sekadar mahu menduga aku, aku rasa itu bukanlah satu perbuatan yang baik, kerana jika perangkap kamu mengena pada yang lain, dua keluarga akan musnah... runtuh dua masjid.  wallahualam.

Nak kata aku lawa, tidaklah lawa.  Hidung pun kemek jer…  aku rasa aku ada aura bunian   :)) 

Jumaat, 25 Mac 2011

Zakat

Setiap kali pihak rumah kebajikan dan anak2 yatim menelefon atau mengetuk pintu pejabat, aku melayan dengan perkataan yang seikhlas mungkin. Bila kebetulan masa itu awal bulan memang aku tidak kisah untuk menderma sedikit sebanyak kepada mereka yang berhajat. Tetapi apabila mereka menjengah pada waktu pertengahan atau hujung bulan aku terpaksa memberitahu secara baik, aku tidak mampu menderma lagi. Pada masa itu, aku merasa begitu sedih kerana tidak dapat menolong orang yang memerlukan pertolongan, sedangkan pahala orang yang menolong orang untuk keluar dari kesulitan adalah sama besar dengan pahala berikitikaf di masjid Nabi s.a.w.

Sejak sekian lama, rasanya bermula tahun 2002, aku membenarkan gajiku dipotong untuk diserahkan kepada Zakat Selangor, melalui UPM. Duit zakat staf UPM yang dipotong akan diagihkan kepada mereka yang berhak, kebiasaannya pelajar UPM yang miskin atau pelajar yatim piatu. Aku bersetuju untuk mmebenarkan UPM memotong, melebihi potongan PCB. jadi aku tidak perlu membayar cukai. Hingga kini, jumlah potongan zakat memang berkali ganda melebihi anggaran cukai atau zakat. Itu tidak membebankan aku. Aku rasa kebahagiaan rumah tangga, dengan suami yang penuh rasa sayang, dan anak yang comel, nakal dan berbagai ragam itu adalah Kurniaan Tuhan dan rezekiku selama ini aku percaya dilindungi Allah. Tetapi timbul pula satu konflik dalam diri aku. Kalaulah aku mengurangkan jumlah potongan zakat (tetapi masih 2.5% kadar zakat), bolehlah aku menderma kepada anak2 yatim dengan rasa lega dan puas. tidaklah lagi aku terpaksa meminta maaf pada mereka yang menelefon atau mengunjungi pejabat aku. tentulah hati aku lebih tenang kerana dapat berurusan dengan mereka ini yang bagi aku bukan calang2 orang, kerana menebalkan muka mencari punca pendapatan bagi pusat kebajikan mereka pada bulan puasa atau awal tahun untuk persediaan persekolahan. setelah berbincang dengan suami, maka aku membuat keputusan untuk mengisi borang dan mengurangkan jumlah potongan zakat aku. Aku harap, aku tidak pula bersikap kedekut, sekiranya mereka yang ku nyatakan itu datang meminta bantuan.
Subhanallah, Ya Allah, lindungi aku, suami, anak2ku dan keluargaku dari sifat kedekut, bakhil dan kikir. Janganlah kau jadikan kami manusia yang sombong dan bongkak di bumiMu ini. dan perkuatkanlah kasih sayang antara kami dan sesama Muslim yang lain. Ameen Ya Raabal Aalamin.

Khamis, 17 Mac 2011

macam2..

Tahun ini usia menginjak ke 41 tahun. Tiada yg menarik kecuali ketibaan penyakit. darah tinggi muncul ketika kepala berserabut dengan musibah yang melanda abang. Gastrik tahap terlampau menyebabkan aku sakit belakang dan bahagian perut. Kolestrol pula meningkat. Selalu diserang demam, batuk dan selsema. Jadinya semenjak minggu lepas, aku terpaksa telan ubat kolestrol setiap malam, telan ubat gastrik setiap pagi dan cuba amalkan makan vitamin C. Usia sebegini mengingatkan aku akan arwah bonda dan ayahanda. Bonda meninggal kerana diabetes yang dialami bertahun2 menyebabkan buah pinggangnya rosak. Aku masih ingat betapa manisnya wajah bonda saat dikapankan. Ayahanda meninggal dua tahun sebelum itu (2002), kerana serangan strok akibat darah tinggi.
baik bonda mahupun ayahanda tahu saat kematian mereka. Ayahanda sebelum meninggal memohon maaf kepada semua orang yang dijumpainya. Kenangan terakhir ayahanda ialah telur itik masin yang dibeli. katanya kepada ibu, senang bila anak2 yang duduk jauh (aku dan Su) balik, sedangkan masa itu bukanlah musim cuti atau perayaan. Arwah ayahanda diserang strok pada sebelah tengahari dan meninggal pada malam hari.
Bonda selama sebulan juga kesakitan kerana luka2 di kaki. Alhamdulillah, aku berada di kampung masa itu kerana cuti seminggu. aku dapat alami kepelikan bonda. Mimpikan abangku yang meninggal ketika usia 2 tahun (Aziz) datang bermain dengannya. Dia mengatakan ibu dan ayahnya datang menjenguk di rumah. Dia memanggil "mak... mak..." Malam kematiannya, aku bermimpi arwah ayah datang merenung aku di muka pintu. Bila aku sedar, aku bergegas ke bilik bonda, dan bonda sedang merintih sakit. Kami tidak tidur selepas itu. Pagi sebelum subuh, bonda berpesan macam2. hari sebelum itu, dia sudah berpesan kepada aku supaya menjaga abang aku.Dia pesan supaya aku berikan duit buat adik lelakinya (kini arwah) dan adik iparnya jika mereka mahu pergi ke Mekah. pagi itu bonda meninggal dalam pangkuan abang aku, saat aku dan Angah membaca surah Yasin. Dia pergi pada pagi Khamis, 15 Ramadhan yang mulia.
Hajat bonda supaya aku sedekahkan duit pada bapa saudaraku tidak dapat kutunaikan. Dia meninggal secara tiba2 akibat jatuh ketika mahu membina bilik untuk anak perempuannya yang akan berkahwin. Tetapi pada tahun lepas, bahagian bapa saudara ku titipkan kepada isterinya yang memngerjakan Haji, pesanan ibu supaya menjaga abang, telah ku laksanakan sebaik yang aku mampu.
Pada minggu lepas juga, genap sebulan abang aku berada di pusat rawatan, dan hari itu jugalah dia dan 11 yang lain lari meninggalkan pusat rawatan tersebut. Tentu sahaja mencemaskan aku. Makankah dia sewaktu pelarian? selamatkah dia? marahkah dia? Dia balik ke rumah atau pergi mengembara sebatang kara, merayau sehelai sepinggang? alhamdulillah petang itu abang aku menelefon. Dia terjumpa seorang kenalan. dan dia menggunakan telefon kenalan itu menghubungi aku. ya, aku berjanji padanya takkan serahkan dia kembali kepada pusat tersebut.. abang aku kini balik ke rumah, tetapi pada malmnya dia akan ke pondok agama, tidur di sana. semenjak sebelum berkahwin dia memang sentiasa ke sana. dia menjadi murid kesayangan tok guru pondok. Abangku ini orangnya lurus dan suka membantu. dulu dia membawa seorang penagih dadah ke pondok (bkn yg sekarang) tetapi tok guru itu kata "jgn bawa sampah". Abang aku berkecil hati, kerana dia juga pernah menjadi 'sampah'. Abang ku kata bukan nak tolong orang yang nak bertaubat tetapi nak menjahanamkan lagi. Akhirnya, "sampah itu kekal sampah". Abang aku pergi ke pondok sekarang, membawa sepupu yang turut terlibat dalam masalah ini. sekarang ini, sepupu itu juga sudah pulang ke pangkal jalan, dan tidur di pondok. Sehodoh2 perangai abang aku, dia tetap mahu membantu orang walau dia sendiri tidak karuan.... Abangku tetap yang terbaik walau dia pernah menjadi "sampah" . Semoga dia tidak kembali menjadi "sampah" semula.....

Rabu, 9 Mac 2011

selamba badak stail aku

kes 1
selepas SPM, (1988) aku mohon 8 tempat... Ambang Asuhan Jepun UM, XX, UIA, xx,xx,xx, veterinar UPM dan xx. yg lain tak ingat dah mana... tp masuk semua U kot. Yg mula-mula panggil aku interview, UIA, dia tanya aku minat ke tak masuk UIA. Aku kata aku minat. dia tanya balik, kenapa aku buat pilihan ke-3, kalau aku betul nak masuk UIA? aku cakap sebab aku tak yakin dengan BI aku. tp dia kata BI aku ok jer... interview dlm BI masa ni. So aku buatlah muka2 terkejut bila interviewer kata macam tu. kemudian dia kasi aku name card dia, kalau aku dpt U lain tp still nak ke UIA, then contact dia... kemudian aku interview AAJ. dia tanya aku kenapa aku nak ke Jepun, aku cakap sebab aku nak kuasai budaya dan bahasa dia. lagipun sepupu sepapat aku ramai ke UK, US, so aku nak kelainan, nak ke Jepun pula. last sekali interview untuk Vet. interviewer tanya kenapa buat UPM ranking ke-7, aku lupa aku jawab apa... tapi aku senyum jer... dia tanya balik kenapa nak jadi Dr Veterinar, aku cakap aku tak boleh jadi Dr manusia sebab Bio aku teruk... interviewer dok gelak... aku sambung balik... "tak dapat jadi Dr manusia, jadi Dr binatang pun jadilah..." muka selamba gila masa ni dengan sengih2... masa tu aku tak confident dah UPM nak ambil aku...
kemudian dapat tawaran AAJ, aku rasa nak jadi lawyer pulak, nak masuk UIA. jenuh la aku mendail no interviewer dulu, tp asyik org lain je jawab... so aku masuk AAJ dan seterusnya ke Jepun dan kini bukan Dr manusia atau Dr binatang tapi Dr Bahasa.

Kes 2
selepas balik dr Jepun (1994), kawan aku Nana (kini TNC di UMS) hantarlah beruang besar yang aku beli masa aku melancong ke Korea. Aku sayang nak buang, nak bawa balik sendiri pulak, sangatlah besar tak ada space. Nana pulak nak sewa kontena bawa balik kereta dia, so aku tumpangkan beruang aku dalam kontena tu. Rupanya Nana pos jer dari Hiroshima. Then sampai surat minta aku ke Pejabat Pos KB. aku ingat apa ke benda la yg dapat surat minta ke Pejabat Pos Besar. so aku dengan arwah abah aku pergi la Pejabat Pos naik motor. sampai sana terkejut beruk aku bila tgk beruang putih aku sebesar Anis kot. bungkusan dah koyak rabak. abang pos kata nak kena cukai ni, aku tanya berapa? dia kata beratus kot. sebab mahal ni... aku cakap, dah buruk bang saya beli ni kat Korea, takkan beratus kot? dia tanya aku berapa harga? aku jawab 10 000 won. dia kata mahal tu! aku cakap mana mahal bang, 10 000 won tu sama dengan RM30... pas tu dia dia puas hati... dia tanya aku balik "adik beli beruang besar ni wat apa?" aku cakap "dah tak ada suami bang, kalau ada suami, tentu saya peluk suami, ada beruang, saya peluk beruang jer lah.." kakak dua orang kat pejabat pos tu terkekeh-kekeh ketawa, aku dengan abang tu pun ketawa samalah. yang malunya, terpaksalah aku peluk beruang tu bonceng motor arwah bapa aku sepanjang perjalanan balik rumah... jauh tu!

Kes 3
aku tak pandai mekap... tak pernah mekap pun... setahun sekali ada la aku pakai gincu dan bedak. time aku nikah, aku tak prepare apa pun... mak andam ke apa ke benda ke semua tak ada. so aku pakai je bedak, calit gincu, kemudian tunggulah suami aku sekarang jawab akad. pas tu sanding atas katil yang cadarnya kakak aku dah guna sepuluh tahun lepas. time bertandang rumah mertua pun sama suami aku tunggu jer depan rumah dia dengan baju melayu buruk kat depan tangga. sebab tu la sampai sekarang, aku hangin satu badan bila pergi majlis kawin tengok banyaknya duit habis untuk memuaskan nafsu pengantin dan mak bapa dia...

Selasa, 8 Mac 2011

TUISYEN KE?

Aku bukanlah seorang ibu yang bersikap memaksa supaya anak belajar. Aku mengambil contoh diri aku sendiri. kalau aku katakan aku tidak pernah pergi ke mana-mana tuisyen sepanjang persekolahan, itu memang menipu namanya. Aku cuma pergi tuisyen semasa tingkatan lima (kalau tidak silap) di Kota, Kota Bharu. tetapi aku pergi cuma sekali. aku pergi mengikut kawan. mahu melihat sama ada tuisyen itu bagus atau tidak. tetapi bila aku pergi dan rasa sendiri, aku rasa subjek yang diajar menjadi lebih susah. Jadi aku berhenti terus, apabila mengetahui yuran yang dikenakan. Mak ayah aku bukan banyak duit sangat nak membayar. Kemudian aku pergi tuisyen matematik di Padang Layang. Aku suka cikgu tu, dia mengajar bersungguh-sungguh. Malangnya dalam kelas itu ramai pula pelajar yang tidak pandai matematik, maka aku rasa membazir masa aku pula, mengayuh basikal dari Kg Langgot semata-mata nak belajar benda yang aku dah tahu. maka aku pun pergi sekali atau dua kali sahaja. Aku pun tidak ingat sama ada aku membayar atau tidak yuran tuisyen tersebut.
jadi bila giliran aku menjadi seorang ibu, aku tidaklah terfikir untuk membawa anak ke kelas tuisyen. Suami aku pakar matematik dan sains, bila-bila masa dia boleh mengajar. usahkan budak sekolah menengah budak U pun dia boleh ajar. Aku sendiri pun walau tak secekap suami, takkan tak boleh ajar anak sendiri? rupa-rupanya bukan masalah pakar atau tidak pakar subjek tetapi TIADA MASA. Aku memanglah tak ada masa nak mengajar anak, balik kerja memasak dan mengemas. lepas tu tidur la.. apa lagi? kerha seharian mengadap komputer ingat fizikal mental tak penat. kecualilah kalau bila selesai makan tu tetiba teringat siri The Mentalist, CSI series etc, atau tiba2 tertonton movie, maka sekali sekala berjagalah aku sampai 12 malam atau 1 pagi. Boleh pula kan?
tahun ini aku hantar tuisyen Hafiz kerana PMRnya tahun ini. aku tidak mahu kerana rasa bersalah kemudian hari nanti apabila hafiz sekarang bersungguh-sungguh nak belajar. dalam masa yang sama aku hantar hafiz, anis, dan haziq ke kelas smart reader. Sebab utama aku hantar anis adalah kerana bahasa Inggeris yang dibacanya sewaktu aku suruh, kedengaran seperti bahasa Perancis. tergolek-golek aku, suami, hafiz dan haziq ketawa. apa nak jadi ni papa? tanya aku. So terpaksalah suami aku ikut permintaan aku hantar anak tuisyen... lega aku. ingat senang nak pujuk suami aku nak hantar anak tuisyen? dia kata nanti membazir duit la, anak belajar sekerat jalan la... Minggu ini pula haziq dan anis ujian bulanan. dari minggu lepas aku suruh belajar, tak belajar-belajar jugak. sampai aku dah malas. lagipun aku dulu masa sekolah rendah tak belajar sangat pun. masa sekolah menengah baru insaf nak belajar. tu pun keadaan aku masa tu, lepas basuh kain, masak dan buat kerja rumah baru lah dapat belaajr sebab aku duduk dengan adik-adik aku jer sepanjang masa darjah 6 hingga tingkatan 5. mak ayah aku dudk di Kuala Krai, berulang seminggu sekali sahaja. So dalam keadaan yang terbiar dan susah macam tu, boleh apa aku jadi orang? takkanlah anak pensyarah yang tak pernah cuci baju, cuci kasut, gosok baju sekolah dengan sterika arang tu, tak boleh berjaya?
rupa-rupanya, itu cuma retorik aku... aku sudah malas nak jerit-jerit, pekik-pekik macam orang utan suruh anak belajar.dahlah time aku bersin, seluruh taman akan dengar, kata suami aku la... kalau aku jerit, entah siapa lagi yang terkejut...
so semalam, aku pun lepak jer lah sambil lipat baju, tengok tv, suami aku dok ngajar anis dan haziq. memang memerlukan kesabaran tahap gaban, tahap cipan, tahap apa lagi?... akhirnya suami aku juga terpekik-pekik, geram dengan Anis. aku senyum je lah... dalam hati, baru awak tahu ya, anak awak macam mana? malam2 belek komputer, download apa ke benda entah tak habis2. PDA tu lepas godek, digodeknya lagi. bila dah habis godek, mesti bagi hint nak tukar pda lagi, sebab nak godek benda baru... adusss...aku pun tak faham dengan suami... aku tak faham jiwa lelaki agaknya... iyalah bagi aku, handset tu cuma untuk bermesej dan menelefon... yang lain tak perlu, tp suami aku semua benda nak ada dalam telefonnya.... orang celik IT tak macam aku yang buta IT.. so macamana dengan anis dan haziq? aku rasa kena juga hantar tuisyen... tak kuasa dah aku! Hafiz, selepas tuisyen, pelajaran memang meningkat. walau penat mengambil dan menghantar anak tak apa lah papa ya, kalau belajar kat umah, memang tak boleh, papa tak ada masa nak ajar, mami pula mungkin asyik kacau dia suruh buang sampah ke, angkat baju ke... adik2 pulak kacau, especially omar, mesti nak dera abang dia... so tunggulah Anis dan haziw, next month mami hantar, tak kisahlah kalau mami tak boleh baju lawa, tudung terbaru ke asal anak mami pandai... errr, silap... anak mami memang semula jadi pandai.... tetapi MALAS BELAJAR..

Jumaat, 11 Februari 2011

Abang... temuilah ketenangan di sana... sesungguhnya betapa hati kami remuk mengenangkan suratan hidup abang, tetapi tentulah lebih remuk lagi hati abang. Kami tahu betapa sayangnya abang pada anak-anak dan isteri abang... Kami bisa melihat bagaimana abang kepenatan balik dari berjual, dan tanpa rehat mendukung anak, membuat susu anak... abang juga tidak marah walau anak-anak menangis, atau bergaduh menyambut kepulangan abang..
Kesepian ditinggalkan membuat abang meracau. abang tidak keruan. Hidup sendirian di rumah pusaka arwah ayah bonda yang besar, menekan hidup abang yang sebatang kara... Ya benar, abang telah berusaha sedaya upaya meninggalkan benda-benda haram. Kami tahu dan kami percaya. Setiap kali abang menghisap dadah, abang akan kembali ke pangkal jalan. Abang memang pelik. Manusia yang pelik... kerana hanya abang, satu-satunya yang saya kenal yang boleh berhenti menghisap dadah walau beberapa kali juga abang menggunakan semula ketika fikiran abang runsing... pada masa itu, abang akan tahu berulang alik ke pondok agama, juga berzikir di waktu malam yang hening... meminta pertolongan Yang Maha Penyayang.
Janganlah salahkan kami yang memanggil polis di tengah malam untuk mengambil abang walau abang telahpun meninggalkan dadah. Bukan kerana benci. tetapi kerana sayang. Tidak sanggup kami melihat abang yang terkenang-kenang pada isteri abang, tidak betah kami melihat abang terlalu merindui anak-anak abang. tidak rela kami melihat keadaan abang yang tergila-gilakan isteri abang yang sudah bulat hati ingin meninggalkan abang. walaupun mungkin ini berlaku kerana campurtangan mentua abang, tetapi sedarlah bukan salah mereka juga. Kami berkongsi duit untuk membayar kepada pusat rawatan itu, demi abang... supaya jiwa abang kembali tenang, supaya abang dapat menerima hakikat, supaya abang kuat untuk menerima dugaan ini..
Pagi tadi pukul 3 pagi, 4 orang polis berbadan besar datang membawa abang ke pusat rawatan swasta itu. bagaimana perasaan abang ketika itu? Abang, aku tiada semasa itu, aku tidur nyenyak, aku hanya tahu setelah pukul 6 pagi. Aku ingat semua sudah selesai ketika aku pulang ke kampung, melihat wajah ceria abang dan gurau senda abang, serta nekad abang yang agak gila. rupanya terpaksa juga abang dibawa ke sana. demi abang, bukan kerana benci, tetapi kerana kami tidak mampu berkongsi kepedihan abang. sekurang-kurangnya semasa di sana, abang tidak akan sunyi, abang tidak akan merasa terlalu keseorangan, abang akan menerima kaunseling... Abang, tempat itu bukan penjara... tetapi pusat rawatan. rawatan fizikal dan emosi abang. semoga abang berjaya dan akan kembali ke rumah pusaka kita... rumah pusaka tinggalan ayah bonda tempat abang dan kami sekali sekala menumpang teduh...
Abang... apa yang abang buat ketika ini? apa yang makan semasa sarapan? Abang bencikan kamikah? Abang marahkan kami? Atau abang menyesali nasib abang di'khianati'? jangan sesekali berfikiran sebegitu... sejak ayah bonda pergi, hanya abang yang di dalam fikiran kami. Nanti kami akan datang melawat abang... tetapi jangan marah kalau kami tidak boleh kerap ke sana. Kami tidak boleh kerap ke sana... kerana itu tidak baik untuk abang...
Abang, jangan salahkan takdir, jangan salahkan bonda yang mengandung, jangan salahkan ayahanda.. salahkan diri sendiri... kerana kebaikan itu datang dari Allah dan keburukan itu datang dari dalam diri kita juga..
Ya Allah, lindungilah abangku, kasihanilah dia Ya Allah... kerana walau seburuk2 kelakuan abangku, segala budinya dan keikhlasannya tetap untuk kami adik beradik... Ya Allah, tetapkanlah hati kami, supaya kami mendapat petunjuk dan berjaya dunia dan akhirat...

Isnin, 7 Februari 2011

dia pecah sendiri

Ahad. tengahari yang kecoh kerana saya dan keluarga baru balik dari kelantan pada hari sebelumnya, Sabtu. Aku sibuk dengan upacara membasuh kain, menyidai kain, melipat kain... hubby sibuk apa ke benda entah masa tu... tapi sibuk lah juga... Semalam semua anak mula dedal dan tak sedap badan termasuk aku. Hubby sorang je lah yang sihat, walau dia penat jadi driver tak bergaji dan gi maghi-gi maghi antara Pasir Mas dan Kota Bharu sepanjang 3 hari di kelantan...
Alkisahnya, ketika aku mencuci bilik air, si bongsu masuk dan memegang bontotnya dengan kedua-dua belah tangan... situasi biasa apabila mahu buang air besar... Dia masuk dan duduk atas mangkuk tandas...
Omar: Mami, tapi kotorlah kat situ...
Aku: kat luar ke? Omar berak situ ke?
Omar: Ha ah... tapi bukan salah Omar pun, dia pecah sendiri...
Aku: (oh! tersenyum, dan kemudian cek di luar bilik air...)
Memang benarlah 'dia pecah sendiri' sebab "berak cair"... Nak marah pun tak boleh sebab memang dia ceret beret... so tambahlah satu lagi kerja aku di tengahari itu... dann tambah juga koleksi perkataan Omar yang pada aku kelakar tetapi 'menjelaskan' makna dan keadaan dengan tepat...

Selasa, 1 Februari 2011

Best friends semasa di Hiroshima Universiti

tahun 1990, Mac menjejak kaki di bumi Hiroshima. teruja, cemas dan sedikit takut. pada dua bulan pertama, masih lagi tidak dapat membiasakan diri dengan percakapan dalam dialek Hiroshima. Kami di Ambang Asuhan Jepun diajar bahasa baku, atau bahasa Jepun Tokyo, sedangkan Hiroshima mempunyai longat yang tersendiri. Tahun pertama masih lagi terkulat-kulat memahami kuliah profesor. tahun seterusnya sudah pandai sedikit memahami dan menulis nota. selain dari sempai (senior), tiada sangat aku berkawan. sempai perempuan pula cuma seorang. sempai lelaki pula ramai. Kami tidaklah selalu bersama, kecuali bila ada majlis2 tertentu atau ketika bermain bowling, atau karaoke (yg jarang sekali aku turut serta), atau persembahan kebudayaan.... oh! aku pernah membuat tarian... aku dah lupa nama tarian tu...tapi tarian itu cuma memerlukan kami duduk dan menyeragamkan gerakan tangan... amat seronok bila dibuat ramai-ramai. Istilah "basuh kain", "petik bunga" masih aku ingat sehingga kini. Biasanya kami tidak berkumpul ramai sebab perempuan lebih suka bersendiri belajar sedangkan lelaki pula buat hal sendiri... tetapi bila ada masalah, atau seseorang memerlukan pertolongan, kami tidak segan meminta pertolongan.
rakan yang dari luar negara yang sama memasuki Hirodai (Hiro_univ), cuma ada dua orang yang sama bidang dengan aku iaitu Belinda, warga Indonesia keturunan Cina dan Gerard Mendoza dari Filipina. aku lebih rapat dengan Mendoza kerana dia ni seorang yang lemah lembut, bijak, tidak lokek ilmu dan paling penting, dia hensem... (err, melalut pulak). dalam kelas, kami duduk bertiga, kalau Belinda tiada, kami duduk berdua... tak tahu la pula kenapa Mendoza ni tak kawan sangat dengan Jepun... oh! mungkin dia macam aku kot.... susah sebenarnya untuk berkawan dengan Jepun sebab masa tu macam ada pandangan negatif mereka pada orang Asia (terutama Asia Tenggara)...
masa aku jalan2, suatu hari dengan dia, tetiba dia kata ada orang Jepun cakap dia ada iras2 Tom Cruise... masa tu Tom Cruise tengah meletup.. apa lagi, aku mulalah mengutuk dia macam2, perasanlah, boleh belahlah dan macam2 lagi. dia cuma gelak besar. Selepas aku sampai rumah, aku dok fikir2 betul ke Si Mendoza tu handsome mcm Tom Cruise... Esoknya, aku pergi Univ, masuk kelas, aku pandang muka dia sampai dia heran... hilang akal ke apa aku kan? dia tanya aku kenapa, so aku jawab, "walau pun aku malas nak mengaku, kau memang ada iras Tom Cruise" apa lagi bangga gila mamat ni... aku tergelak3 je lah sambil tumpang bangga, selama ini aku berkawan dengan mat hensem... tak adalah pula aku terpikat dengan dia... sebab dia tak cebok kot... hahaha..
Belinda ni pula, baik juga, cuma kalau bercakap dengan dia last sekali mesti berakhir dengan stress... sebab dia majime sugiru (terlalu serius), jarang bergurau dan skema... tp aku boleh memahami dia sebab dia masuk Univ, guna duit sendiri tanpa biasiswa... terpaksa kerja untuk tampung yang mana perlu, sedangkan aku dengan mendoza pula, tajaan Monbusho (bukti kami budak pandai..serius ni)hehehe... So macamana agaknya my best friends sekarang ni... miss you all... nak sgt tgk muka mendoza yang hensem tu bila dah tua2 macam ni.

Rabu, 26 Januari 2011

musibah melanda

setelah isteri abang kandungku melarikan diri, abangku kembali menagih lagi. Aku menitiskan airmata mendengar suara abang kesayanganku menangis meminta dikirimkan wang. Ya Allah, kuatkan semangat abangku. berilah dia petunjuk dan hidayahMu... Lembutkan dan jadikanlah kami adik beradik sentiasa menyokong di antara satu sama lain dalam menghadapi ujinMu... sesunggunya musibah ini bukan sekadar menguji kekuatan iman abang ku, tetapi juga menguji ketabahan iman kami adik beradik... Subhanallah... Maha Suci Allah, takkan kau campakkan dugaan ini andai kami tidak mampu menerimanya... Kerana itu tolonglah kami, berikanlah kami jalan supaya kami redha menerima Ujian MU... Ameen... Ya Rabbal Alamin...

terasa macam nak menulis surat cinta

salam ukhwah untuk mu, semoga dirimu berada di dalam keadaan sihat dalam perlindungan Allah yang Maha Perkasa...

Antara kau dan aku sememangnya ada hubungan istimewa dan nampaknya hubungan itu terpaksa kita tamatkan sama ada secara baik atau secara berpatah arang. Bukan salah sesiapa. Aku tidak menyalahkan dirimu, apatah lagi menyalahkan diriku sendiri... aku "menyalahkan" keadaan walaupun sebenarnya aku dan dikau sepatutnya memperbetulkan keadaan supaya masalah yang kita hadapi tidak membengkak, bernanah dan membusuk.

Tiada perasaan benci atau marah apatah lagi perasaan sakit hati. yang ada dalam diriku cuma perasaan tiada daya, juga tiada upaya. aku serahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi kerana aku tidak ingin memaksa diri lagi. Menjadi yang terbaik untukmu bukanlah anganku sejak dulu, tetapi menjadi yang terbaik dan kekal dalam prinsip dan kesederhanaan dan kekuranganku adalah impianku sejak aku bergelar dara pingitan.

ya, aku seorang yang pendiam.. benar aku pendiam. tapi diamku tidak bermakna aku tidak berfikir. Aku "gila-gila" tetapi kegilaanku cuma ku paparkan kepada orang yang rapat denganku... aku cepat marah, dan walau begitu aku tidak pernah memaki hamun orang yang menyayangiku..

aku terima kekuranganku seadanya... walau begitu aku tahu aku berpegang pada prinsip yang satu... prinsip hidup aku... prinsip yang selalu didendang oleh arwah ibu... hidup biar berprinsip... biar hilang harta, tapi jangan hilang prinsip... kerana sekali anda hilang prinsip, malunya tidak tertanggung....

maka dengan itu, aku mengundur diri secara rela... dan redha... walau sayang masih ada, walau rindu tidak bisa ku tepis, walau hormatku pada mu masih tebal, terimalah pemergianku... kerana aku sudah tiada daya untuk bersama lagi... maafkan aku...

er: coretan ini tidak kena mengena dengan papa tau... :)

Jumaat, 7 Januari 2011

Omar dan Tadika

Omar... 4 tahun dan satu bulan setengah... tetapi telah pun memasuki tadika 5 tahun kerana lahir hujung tahun dan kocik, comel je pakai baju seragam, ala2 baju korporat. Cukup seminggu, tapi masih lagi menangis bila tiba di perkarangan tadika. Semalam aku ambil pukul 4:30, dia berkata,

Omar: Kenapa mami balik lambat? Penat Omar belajar tau tak? banyak tau!

Mami: ya ke? cepat dah ni... oklah belajar banyak-banyak.. Omar kan bijak?

Omar: Penat Omar tau!

hehehehe....

hari Selasa, pagi sewaktu dia nak masuk tadika dia berkata,
Omar: Mami tunggu tau...
Mami: Iya, mami tunggu dalam kereta, mami parking sini ya...
Omar: janji?
Aku: Iya...
Petangnya pula
Omar: tadi, omar nampak mami balik..?
Mami:heh? oo, mami lapar, mami beli makanan dulu, pas tu mami datang sekolah Omar balik, tunggu Omar..
Senyap, dan malamnya
Omar: apa mami? yang omar nyanyi kat sekolah tadi?
Mami: ???
Omar: mami dengar tak?
Mami: dengar dengar
Omar: cuba mami nyanyi...
Mami: (adusssss)