Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.
Memaparkan catatan dengan label komunikasi keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label komunikasi keluarga. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

anak dara sudah ada peminat

anak dara aku sudah ada peminat.  Baru darjah 2.  Peminat pertama anak seorang kawan aku.  Bila ada kelapangan memang aku memeriksa facebook anak2 aku.  tiba-tiba terlihat mesej, bila klik terkejut aku.
Budak ini kata "saya suka awak" "awak comel" "saya sayang awak".  Nasib baiklah bila aku tengok mesej anak aku, anak aku jual mahal, siap marah2 lagi....

Tadi pula, abang dia bagitahu ada budak tuisyen minat kat adik perempuan dia.  Anis senyap jer.  tapi aku siap cakap, "anak2 mami jangan nak gatal2 nak bercinta, belajar pun malas, jangan  nak fikir hal2 cinta ni.. kalau mami tahu siap!  Haziq, kalau ada orang minat Anis, marah2 budak tu...!"
"Izinkan Hafiz gi tampar budak tu..." kata Hafiz.
"tak payah tampar, bagi warning jer..."

Khamis, 31 Mac 2011

cerai? Mahu dilaknat malaikat?

demi mencari rezeki, (semoga suami dipermudahkan rezeki, ameen) semenjak dua menjak ini selalu sangat dia keluar daerah. Minggu lepas dia ke Lambung (?), Indonesia, kemudian ke Taiping, bermalam di sana, dan kelmarin ke Ipoh, juga bermalam di sana. Aku pun xtaulah nak describekan macanama kerja suami aku, mcm2 adaaa...R&D la, consultant la, jual parts kereta terpakai... tp sikit je lah mendatangkan duit . projek R&D tu pun, entahlah, kalau ada pembeli... akan dijual tetapi rasanya dia pun tak dapat apa sebab hasil jualan tu nak digunakan untuk bangunkan spa village!!! maknanya, aku masih lagi tidak boleh beli apa sahaja dengan kehendak hati aku.. dah lama dah tak merasa boros ni... oh! aku nak boros...beli sahaja apa yang aku nak... cepat2lah suami aku kaya (ameen).
Kelmarin masa suami aku tengah drive jaguar (er, kawan dia punya) aku telefon...
"papa dengan siapa ni?"
"dengan XXXX"
"ingat nak bincang dengan papa... tapi tak apalah... balik nantilah..."
"ok"
tak sampai 10 minit, dia call balik.
"kenapa? ada apa nak bincang?"
"rasa nak cari side income dengan jadi usahawan internetlah... dan blablabla..."
petang, bila dia jemput aku balik, dia tersengih beritahu aku,
"mami wat suspens je... ingatkan mami nak bincang apa... terkejut papa..."
"papa fikir apa yang mami nak discuss?"
"ingat dah tak larat dah hidup dengan papa... tak larat kena lanyak ke, nak minta cerai ke..."
Aku terkekeh-kekeh ketawa. kesian suami aku. Semoga dia berjaya. Ameen. Aku rasa tidak ada sebab untuk dia tidak berjaya, jika kena dengan team yang betul.. Allah tidak menganiayai MAKHUKNYA... lap you babe!

Sabtu, 26 Mac 2011

kontroversi

Suatu malam sambil bersantai bersama suami...
Suami: Sekarang ni pun masih ada yang minat mamikan...
Aku: ha...
Suami: dia tahu kan? mami dah berubah, bukan slim macam dulu...
Aku:tahu...
Suami: Dia cakap apa?
Aku: Dia kata memamg dia suka orang yang berisi sikit...
Aku dan suami gelak, entah kenapa.
Suami: kembanglah hidung mami?
Aku: tak juga, cuma gelak jer...
Suami: Kenapa..?
Aku: entah, lawak kot...
Suami aku ketawa terkekeh sedang aku tersenyum sambil minda terus berjalan.

Apa salah isteri yang sentiasa mahu kekal langsing tetapi si suami tetap mahu mengorat yang lain? Apa yang dicari seorang lelaki bergelar suami, apabila mempunyai isteri yang kekal langsing tetapi tetap menjeling pada yang lain...? Kenapa suami orang atau isteri orang masih bernostalgia tentang lelaki/perempuan yang pernah menjadi pujaan mereka?
Syukur Alhamdulillah. Aku tidak tergugat dan suami tidak cemburu buta.

ps: Entri ini ditulis bukanlah untuk menunjukkan aku perasan tetapi sekadar renungan bahawa kadang kala kita tidak mengetahui apa yang difikirkan oleh pasangan kita? kerana itu kadang kala kita dengar cerita orang itu beristeri dua dengan janda anak empat, atau dengan janda gemuk yang lebih hodoh dari bini pertama atau, orang ini bermain cinta dengan isteri orang dan sebagainya. Malah aku pernah berjiran dengan seorang isteri yang aku anggap sebagai idola, tetapi semasa aku berpindah aku mendapat tahu, kakak ini telah meninggalkan rumah bersama anak2, perabut dan kereta kerana ingin menjadi isteri kedua kepada seorang lelaki yang pernah menjadi kekasihnya di sekolah menengah. Sedangkan suami seorang yang begitu baik (pada pandangan aku) dan berpangkat. dan semasa mereka menjadi suami isteri panggilah "ling dan ayang" sentiasa bermain di bibir mereka. Ajaibkan? penangan cinta terlarang. JANGAN MASUK NERAKA KERANA DERHAKA PADA SUAMI!"

Isnin, 7 Februari 2011

dia pecah sendiri

Ahad. tengahari yang kecoh kerana saya dan keluarga baru balik dari kelantan pada hari sebelumnya, Sabtu. Aku sibuk dengan upacara membasuh kain, menyidai kain, melipat kain... hubby sibuk apa ke benda entah masa tu... tapi sibuk lah juga... Semalam semua anak mula dedal dan tak sedap badan termasuk aku. Hubby sorang je lah yang sihat, walau dia penat jadi driver tak bergaji dan gi maghi-gi maghi antara Pasir Mas dan Kota Bharu sepanjang 3 hari di kelantan...
Alkisahnya, ketika aku mencuci bilik air, si bongsu masuk dan memegang bontotnya dengan kedua-dua belah tangan... situasi biasa apabila mahu buang air besar... Dia masuk dan duduk atas mangkuk tandas...
Omar: Mami, tapi kotorlah kat situ...
Aku: kat luar ke? Omar berak situ ke?
Omar: Ha ah... tapi bukan salah Omar pun, dia pecah sendiri...
Aku: (oh! tersenyum, dan kemudian cek di luar bilik air...)
Memang benarlah 'dia pecah sendiri' sebab "berak cair"... Nak marah pun tak boleh sebab memang dia ceret beret... so tambahlah satu lagi kerja aku di tengahari itu... dann tambah juga koleksi perkataan Omar yang pada aku kelakar tetapi 'menjelaskan' makna dan keadaan dengan tepat...

Jumaat, 7 Januari 2011

Omar dan Tadika

Omar... 4 tahun dan satu bulan setengah... tetapi telah pun memasuki tadika 5 tahun kerana lahir hujung tahun dan kocik, comel je pakai baju seragam, ala2 baju korporat. Cukup seminggu, tapi masih lagi menangis bila tiba di perkarangan tadika. Semalam aku ambil pukul 4:30, dia berkata,

Omar: Kenapa mami balik lambat? Penat Omar belajar tau tak? banyak tau!

Mami: ya ke? cepat dah ni... oklah belajar banyak-banyak.. Omar kan bijak?

Omar: Penat Omar tau!

hehehehe....

hari Selasa, pagi sewaktu dia nak masuk tadika dia berkata,
Omar: Mami tunggu tau...
Mami: Iya, mami tunggu dalam kereta, mami parking sini ya...
Omar: janji?
Aku: Iya...
Petangnya pula
Omar: tadi, omar nampak mami balik..?
Mami:heh? oo, mami lapar, mami beli makanan dulu, pas tu mami datang sekolah Omar balik, tunggu Omar..
Senyap, dan malamnya
Omar: apa mami? yang omar nyanyi kat sekolah tadi?
Mami: ???
Omar: mami dengar tak?
Mami: dengar dengar
Omar: cuba mami nyanyi...
Mami: (adusssss)

Isnin, 28 September 2009

hari ini hari ke3 aku berpuasa ganti, hari ke3 Hafiz berpuasa 6, dan hari pertama suami berpuasa 6. semalam, suami berkata, "mami tak boleh puasa 6, selagi tidak habis puasa ganti!" kemudian Hafiz pula menambah, "Mami! Haram puasa 6, kalau puasa ganti tak habis!"
Lalu kujawab, "Ya! Mami memang niat puasa ganti!"

Semalam selepas berbuka puasa aku bertanya pada Hafiz, "Tak nak rehat ke esok sehari, kita sambung puasa lusa pula?" hafiz mengeleng. "Hafiz nak habiskan cepat. lagipun Hafiz dah rasa tak lapar walau puasa... nanti bila habis puasa 6, hafiz nak puasa isnin khamis pula" . Hafiz mungkin sudah mendapat petunjuk, tapi aku ni mungkin belum benar2 ikhlas untuk ganti puasa. sebab aku terasa seolah-olah niat aku dah tak betul, iaitu nak temankan anak berpuasa...

Ya Allah! Ampunkan dosaku, tetapkanlah Imanku dan terimalah ibadatku... Untuk Hafiz... terimakasih kerana memberi motivasi dan semoga menjadi anak yang Solleh...

ps: haziq berkata "Haziq mana boleh puasa sunat sebab Haziq belum sunat lagi! abang Hafiz bolehlah!" anak2ku yang bermacam ragam...

Rabu, 16 September 2009

Suami dan Omar

Suami: Omar... Gi pakai baju
Omar: Papalah amek.. omar enat ni..
Suami mengambil baju Omar
Omar: Omar nantuklah tak nak gi umah opah
Suami: Omar tidur dalam kereta ya...
Oma:; tak beshla tidur alam eta... omar nak tido atas katil...
Suami: Malam ni omar tido atas katil ya...
Omar diam... Opah adalah pengasuh anak-anakku sejak zaman Haziq. Punyalah Opah manjakan dia orang, bila dah besar semua tak nak gi rumah opah lagi... kesian opah... bila sesekali anak-anakku ponteng, dia sunyi sangat.

Selasa, 15 September 2009

misscommunication

Hafiz tidak pandai bercakap Kelantan. Pada suatu hari, aku dan anak-anak baru sampai rumah.
Hafiz: Mami dah nanok?
Aku: (blur kejap) Nanok apa pulak?
Hafiz: Nanoklah.
Aku: Nang Nak ke? cerita Siam tu?
hafiz pula blur.
Hafiz: Hafiz kata tak nanok nasi ke?
Aku: ketawa. NNANOK!! Kat N tu letak sabdu!
Hafiz: ketawa. NNANOK Nasik?
Aku: Dah! nnANOK DOH TADI!

dan hari ini,
Hafiz: Mami dah MAKE?
Aku:MAKE DOH Tadi. NNUSUK NUSUK!
Hafiz blur dan aku tersengih.
HAfiz: NNUSUK NUSUK? (dia memegang kepala dgn dua tgn dan membongkok badan. dan menjerit seolah terkejut)
Aku: MAKE NUSUK TADI kat dapor.
Hafiz blur lagi.
Aku: Mami makan menyorok tadi.
hihihih... aku tak puasa sebab xxxx tapi makan menyorok dari anak2 yang puasa... sorry ya, mami tak tahan tadi... rasa kebulur sangat

Aku dan Omar

semalam selepas berbuka, semasa meneman anak-anak membaca, datang si bongsu, 2 tahun10 bulan...'anak mami' kata suamiku
Omar: mami.... (muka serius)
Aku: ya...
Omar: nak tebau (masih serius)
Aku: Benten Omar mana? baru dua hari beli?
Omar: Omar tak nak benten... nak tebau.. (serius, muka berkerut)
Aku: Nanti cakap kat papa kata nak kapal terbang...
omar terkedek-kedek menuju ke suamiku yang masih membaca "Bilal Bin Rabah". Aku memerhati sambil tersenyum. Kemudian dia kembali ke sisi
Omar: Mami... omar nak aik tebau...
Aku: Alaa.. esok mami beli ek... ok?
Omar: omar nak eli tebau (tak ada jeritan 'yea!' seperti biasa)
Aku: ya, nanti mami beli tebau Omar... mari sini peluk mami
Omar: omar tak nak eluk mami... omar nak tebau...
Aku: ok mami beli...
kemudian ku ambil dan ku geletek sehingga dia ketawa dan terlupa... nanti mesti dia minta lagi... tunggu dulu ya, mami belum sempat nak belikan lagi... lagipun tak elok kalau semua benda yang anak mami hendak, mami beli terus, mami kena ajar anak-anak mami bersabar, anak-anak mami mesti tahu macamana susah nak dapatkan sesuatu... kerana mami dan papa juga begitu. Mami dan papa orang susah dulu sebelum 'senang' sekarang. Dan sehingga sekarang pun mami dan papa tidak terus membeli tanpa memikirkan keperluan, perancangan dan kewangan..


Isnin, 14 September 2009

aku dan hafiz

Aku: Mami happy sangat sekarang ni... hafiz dah rajin belajar, tak payah mami suruh... ngaji quran malam-malam, pas tu solat.. kalau dari dulu abang rajin macam ni UPSR abang ari tu mesti dapat 5A kan?
Hafiz: ha ah la mami... tapi kan Hafiz baru tahu apa makna UPSR... tak ada orang bagitahu Hafiz pun, untuk apa UPSR tu.. Cikgu pun tak bagitahu...
Aku: (la! pulak dah!) ya ke? pas tu la ni hafiz tahu ke PMR tu apa? (aku separuh mengejek, geram betul aku!)
Hafiz: tahu lah...
Aku: so belajar rajin-rajin lagi ya...
Hafiz: Insya Allah

PS: hafiz dapat 1A4B dalam UPSR... Sama dengan aku dulu... mak borek anak rintik... sekarang ni markah penilaian hafiz bertambah bagus dai dia lebih rajin... berkat mengaji Quran setiap malam...

Hafiz, usahakan supaya tidak meninggalkan Quran setiap malam ya... Quran itu penyelamat azab kubur... nanti tolong ingatkan mami juga ya...