Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Isnin, 4 Julai 2011

kesan buruk TV kepada Omar Mokhtar

Aku: Mami dah cakap, tak boleh buat ni... Omar tak faham ke?
Omar:  Kurang hajar mami cakap kat Omar macam tu!!
Aku: tak elok cakap macam tu kat mami...
Omar: mami marah omar.... (terus merajuk bila ditegur, tapi nada suara dan senyuman dia masa dia cakap tu memang comel, dia tak faham pun maksud kata2 dia)

Haziq entah menyakat apa pada Omar, tiba-tiba saja keluar ayat dari mulut Omar,
"Ooi!! lu gila ka?"

kadang2 dia kata "tak guna!!" dan pernah sekali dia kata "kan pak cik dah rugi" aku terkebil2 fikir dari mana ayat tu rupa2nya dari sinar fm.

tapi jangan sesekali langgar lampu kuning kalau Omar ada, dia akan berleter sampai penat tak kiralah aku atau papanya yang bawa kereta.  dan bila jawab soalan Omar, straight to the point jer.. jangan jadi macam suami aku ni...

perbualan dalam telefon
Omar: papa balik pukul berapa?
Suami: kejap lagi...
Omar: ya la pukul berapa?
Suami: kejap lagi...
Omar: omar tanya pukul berapa?
Aku: anak tanya pukul berapa, jawapan awak tu tak menjawab soalan!  (aku mencelah sebab mcm xabis jer perbualan ni...)
Suami: pukul 3...
Omar: ooo... bye pa!
aku: kang senang kalau straigt to the point! (aku dan papa dia tergelak)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan