Sambungan Novel @dimensi buni

Ikuti sambungan novel bertema bunian iaitu "@ dimensi buni" di http://dimensibuni.blogspot.com/. sesiapa yang belum membaca naskah tersebut boleh hubungi saya dengan harga RM25.00 termasuk pos.

Ahad, 15 November 2020

 Al-kisah tentang hantu

Bertahun tidak menulis. Sempena PKP  kembali semula cetusan untuk menulis kerana sudah bosan menonton drama Korea, horror movie dan sebagainya. Cerita kali ini tentang Haziq dan Hafiz yang boleh melihat makhluk. 

Haziq anak kedua ni memang lain sikit. sejak kecil sebelum tadika lagi sudah nampak benda2 paranormal. Bila menginjak dewasa sudah jarang nampak atau mungkin sudah tidak suka bercerita. Semasa menunggu keputusan SPM, dia buat kerja separuh masa di McD. Kadang2 balik awal pagi atau tengah malam. Ada sekali dia tercerita dia balik dia nampak makhluk atas pokok depan rumah. Depan rumah kami ada tanah kosong, seluas padang bola. Ada beberapa pokok yang agak besar di situ, selebihnya adalah rumput, dan lalang. Katanya dia selalu nampak, tapi berpura-pura tidak nampak, baca ayat quran dan terus masuk rumah. Sekarang Haziq melanjutkan pengajian peringkat diploma, dan berada di asrama. Asramanya juga berhantu. Akan nampak kawan2 atau teman sebilik di tempat lain padahal kawan yang sebenar ada di bilik. Suatu malam dia pergi ke toilet, memang dia tinggalkan cermin mata di bilik. Balik daripada toilet, dia nampak secara tidak jelas, sebab dia rabun dan tidak pakai cermin mata. Dia nampak seniornya tidur di lantai sebelah dinding  pintu luar biliknya.  Dia buka pintu dan masuk sambung tidur. katanya dia memang tidak pakai cermin mata jika ke tandas kerana tidak mahu nampak makhluk2 mengganggu. Begitu juga semasa di sekolah Tahfiz, asramanya berdekatan kubur lama. Memang akan ada makhluk paranormal cuma dia tidak bercerita. 

Hafiz pula semasa MRSM dia tidak nampak makhluk paranormal, tetapi kawan-kawan dia nampak seorang 'perempuan' mengikuti dia semasa berjalan tengah malam dalam hutan ketika ada aktiviti. Semua kawan ketakutan dan mengikut dia jauh dari belakang sampai dia hairan kenapa tak ada orang nak saing dengan dia berjalan sama. Juga ada kawan nampak perempuan mengikuti hafiz masuk ke bilik asrama, walaupun Hafiz tidak nampak apa2. Ada sekali di rumah, ketika dia solat, sewaktu memberi salam, salamya dijawab. Namun Hafiz selepas itu diganggu dengan teruk sewaktu belajar di Universiti. 

-Bersambung-

Rabu, 29 April 2015

KAWAN2 SEKOLAH MENENGAH

sejak ada FB dan Wassapp, kita dapat bertemu kembali rakan-rakan lama, bahkan rakan2 dari sekolah rendah sekali pun. Sungguh manis kenangan silam. Kawan yang kita pernah admire diam2, kawan yang pernah menaruh hati pada kita diam.  Rahsia lama yang bocor setelah berpuluh tahun disimpan menjadi lelucun yang tidak ternilai harganya. Ini tidak termasuk rakan-rakan semasa di Universiti dulu.  Sungguh, betapa manis saat itu.. bodoh, selamba, bengong, gila2, lurus...

Dalam usia 45 tahun ini setelah meniaga udang secara sambilan, beberapa orang kawan lama datang  membeli udang, dari Kinrara, dari Rawang, dan ada dari Nilai. Pertama sekali yang terpacul dari mulut mereka adalah, 'kawe ngaji tak panda maso sekolah'... Aku cuma tersenyum dan ketawa sebagai ucap selamat.  Sedangkan, tidak pernah terfikir pun aku perkara sebegitu, kerana pada aku dan mungkin pada mereka juga, pertemuan dan ukhwah itu yang paling penting. Tidak kira apa pekerjaan, apa jawatan, asalkan kita hidup dengan rezeki yang halal, apa yang hendak kita takuti dan malukan...? 

Sungguh terbit rasa rindu pada kenangan dulu. kawan2 yang tidak pernah sekelas, tidak pernah bertegur sapa semasa sekolah dulu, bila berjumpa terasa perasaan gembira itu hadir. terdetik, kenapa masa sekolah dulu aku tidak tegur dia? Timbul rasa menyesal kerana aku dulu pemalu yang amat, tidak bertegur sapa dengan orang... tetapi itulah kemanisannya kini.

ada kawan yang pongoh, ada yang lembut, ada yang santun.  Dalam kepelbagaian perangai kawan2, kita menghormati dan menyayangi mereka atas nama sahabat lama.  Terasa seperti kita boleh meminta pertolongan mereka, terasa mereka boleh diharapkan bila ada hal2 terdesak. Pelik kan.  

tetapi orang yang admire aku dulu2, takkan aku jumpa... !!! Fobia, masih ada...  

Selasa, 14 April 2015

Nurul Ikhwanis 2014

dah besar anak dara mami.. masa ni dapat hadiah akhlak terbaik dari sekolah agama ABIM. Omar pun hairan macamana kakak dia dapat hadiah akhlak terbaik. Bila bagitau abangnya pun, abangnya terkejut. Normal kot. adik beradik tu lawan bertumbuk dan bercakar. di sekolah takkan nak bercakar dan bertumbuk dengan kawan.  walau apa pun mami sayang anis... Nurul Ikhwanis. Sekarang, sudah rajin tolong buatkan roti telur untuk adik, sudah rajin tolong mami basuh pinggan. sudah boleh meneman papa makan. sudah ringan tulang bantu seterika baju adik. Alhamdulillah. Lepas ni Anis akan jadi anak yang solehah. ameen.

anak2 yang membesar


Ini gambar 2014 Haziq Najmi dengan baju kegemaran dia dan telefon papa yang dirembat dari papanya dan kemudiannya diciluk aku. Anis pula tahun 2015 terima hadiah UPKK 8A. terkejut abangnya Haziq, whY why? tanya nya.. why Anis dapat 8A, dan dia 2 tahun sebelum tu dapat 6A saja? itulah kadang2 mulut kena jaga bang. hahaha.. kita tgk sama ada Anis akan dapat 5A untuk UPSR tahun ni.... mami rasa macam dapat jer, kalahkan abang2.. yosshhh!!



masa ni sambut harijadi Omar yang ke-8 dan Hafiz yang ke-18 iaitu pada 24 November 2014. di belakang adalah Atok mereka yang sempoi, sporting dan kelakar. dalam gambar tu tak ada pun makanan yang aku masak... menunjukkan betapa rajinnya aku.. huh

Rabu, 11 Februari 2015

Omar Mokhtar buat Matematik

Omar Mokhtar sudah berusia 9 tahun. Dari SK Mantin dipindahkan ke Sekolah Pena Al-Ain, Nilai. Sekolah baru, suasana baru, kawan-kawan dan guru guru yang baru dan semangat Omar yang baru.  Tiada lagi tangisan kerana tidak ingin bangun pagi, tidak ingin mandi dan tidak ingin ke sekolah. Segalanya begitu teratur di awal pagi. Tiada jerit pekik aku, tiada jeritan Anis yang marah... damai sedamainya di awal pagi.. suasana yang berbeza sama sekali...

Hafiz di Kolej Matrikulasi Melaka, Haziq di Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau. Alhamdulillah... rezeki anak-anak dan kelapangan dari Allah Yang Maha Pemurah. lamanya tidak menulis, mencoret di alam maya untuk tatapan sendiri.

Suatu malam, dengan suasana yang tenang dan damai, yang tidak pernah kugambarkan akan boleh setenang ini.. Omar sedang melakukan kerja sekolah. Subjek Matematik. Tolak dan campur dengan angka 3-4 digit.. sambil mengetuk sesekali meja dan kepala dan jari jemari pantas menolak dan meminjam angka, aku memerhati dan mendengar dengan teliti... tanpa menggunakan kertas untuk meminjam dan menolak angka hanya menggunakan tangan dan mulut mengomel angka2, dia berjaya menyelesaikan masalah... Contoh soalan, 3408-xxxx= 2467, bagaimana dia mengira tanpa menggunakan kertas?
Aku menghampiri untuk mendengar apa formula yang dia guna.  Mungkin dia tahu, aku keliru, dia tidak semena-mena mencelah,

"Kita ada akal, jadi kita guna akal... kalau tak ada akal, kita tak boleh guna, Omar guna cara sendiri jer... cara saintifik..."

Mak aii! bombastiknya bahasa dia guna... Dah tahap riak ni...

jadi aku pun berlalu pergi mencari makanan di dapur...

Khamis, 12 Disember 2013

Hari ini 12 Disember 2012. Sudah enam hari Omar Mokhtar bersunat.  sudah 4 malam juga tidur di atas lengan aku.. kadang2 tidur terganggu dek mendengar rengekan Omar... "sakit... sakit".  Anak termuda yang bersunat iaitu pada usia 7 tahun (sebenarnya 7 tahun 20 hari).  "omar menang! Omar menang!" katanya apabila mahu menyakat abang2nya yang bersunat pada usia 9 tahun lebih.  ironinya, tiada sebab utama dia tiba2 mahu bersunat, kerana sebelum ini, dia mati2 tidak mahu bersunat apabila kami mengusiknya.  Dia cuma tidak mahu kalah kepada cucu pengasuhnya yang berura2 mahu bersunat pada usia 6 tahun.  akhirnya 'musuhnya' itu tidak jadi bersunat pun. Pernah sekali dia terlepas cakap, terlepas cakap menyesal kerana bersunat... "sakit macam ni, baik tak payah bersunat.." Sekali itu sahaja dia terlepas cakap. Oh anak bongsu ku masih kawal 'macho'. walau tidur masih berpeluk dengan ibu.

Hafiz telah selesai SPM, kini dalam proses mendapatkan lesen kereta.  Biar apa pun keputusannya, kami terima dengan redha kerana aku yakin dia telah mencuba sedaya upaya.  Dia pernah menelefon menangis kerana tidak dapat keputusan yang baik dalam percubaan SPM.  Kalut juga aku dan suami dibuatnya. Kalut bukan kerana takutkan risaukan keputusannya tapi kalut risau dia akan hilang motivasi. Katanya dia dah belajar sampai pukul 2 pagi, tapi tak juga dapat buat exam.  Cikgu pun kata kat dia dalam kelas, 'awak ni pelik sikit, belajar banyak, tapi dapat sikit.." aik, cikgu, mai sini aku lecturekan hang balik... tu bukan nak motivasikan pelajar tapi mematahkan semangat belajar.  Apa silapnya.? ke silap aku dan suami yang selalu perli dengan bergurau. "mami dan papa sekolah kampung jer, dapat juga pergi oversea, ni abang sekolah asrama, takkan tak leh kot...."

Strategi kami laki bini seterusnya adalah dengan lebih kerap menelefon hafiz dan memaksa dia tidur pukul 10 malam.  Kataku, homework tak siap pun tidur pukul 10. apa ke jadahnya cikgu bagi tuisyen, latih tubi, kelas sampai malam, kemudian paksa lagi anak murid buat homework.  hafiz kata kalau tak buat,  cikgu merajuk kata ilmu tak berkat.. bla2... pulak dah..

dalam mengikut kata aku laki bini, dia tak dapat juga tidur pukul 10 malam.  Paling awal tidur pukul 11 malam.  kelas pun habis pukul 11 malam, macamana mahu tidur pukul 10 malam?  Begitu rupanya budaya belajar kat sekolah asrama.  seminggu dua minggu berlaku, bila ditelefon, suara Hafiz makin ceria... katanya lagi banyak ilmu masuk bila tidur awal dari tidur lewat... hmmm tau pun... mami dulu nak ambil SRP, SPM mana ada berjaga sampal 2 pagi? paling lambat pun pukul 10 malam.  petang siap boleh main 'dekcok' lagi... kata ku.. jangan stress, cool aje, dan ingat walau kita usaha macamana pun kalau Tuhan tak nak kasi, takkan dapat juga apa yang kita nak. walau kita berdoa, kalau Tuhan tak nak makbul atau lewatkan makbul, mesti ada hikmah yang kita tak tahu dan akan tahu bila semua dah berlalu...Jangan lupa cek semak jawapan, baca 2/3 kali soalan tu dan buat balik soalan, takut2 ada careless mistake... selama ni bang cek tak? cek... katanya.  cek macamana... ? banyak sangat careless mistakenya sampai 10 dan 20 markah hilang.. musykil betul. tak sempat dia jawab, aku tanya balik. ke abang cek, samada jawapan yang abang tulis kat kertas soalan tu sama ke tak dengan borang OMR? ha ah, jawab Hafiz... astaga, budak ni... tak terjangkau akalku... patut la banyak careless mistake.. dah bertali arus aku berleter.."orang cek bukan macam tu, orang cek, dengan buat semula soalan, baca semula soalan, buat semula dari awal dan tengok kita tersalah kira kat mana2... orang buat semua soalan dulu, lorek OMR, then kalau ada banyak masa, baca dan  jawab soalan semua sekali lagi.. pas tu pastikan jawapan dalam soalan yang abang conteng tu sama dengan OMR. bla bla bla... ish budak nih...

haziq minggu depan akan memulakan pengajian di sekolah tinggi islam assofa di rembau, setelah mendapat 5a dalam UPSR,  walau sekolah swasta dan yuran mahal, aku berjaya pujuk suami aku hantar ke sekolah di situ, ada akademik dan tahfiz..  aku nak anak2 aku lebih baik dari aku dan suami. tapi aku tak mampu nak ajar dari segi ilmu, tenaga dan masa.  Jadi dengan rezeki yang Tuhan beri, aku melabur kembali dalam bentuk pangajian anak2 aku kelak.. aku nak berikan pendidikan yang terbaik untuk anak2... supaya anak2 menjadi orang yang soleh dan solehah..








Khamis, 30 Mei 2013

Madu, pahit sangatkah?

sejak minggu lepas heboh cerita UAI berkahwin buat kali ketiga. Aku rasa kedua-dua isteri UAI cool sahaja tetapi yang riuh rendah adalah lelaki dan perempuan yang tidak berkenaan secara langsung dalam hidup mereka berempat dan keluarga terdekat mereka.  Kenapa ya, kita tidak mendoakan kebahagiaan mereka tetapi cepat-cepat menjatuh hukum seperti kita tahu segala hal di luar atau dalam kain mereka?  Mungkin yang riuh rendah itu adalah golongan 20 an dan 30 an... pengalaman masih tidak banyak mungkin.. hati masih tidak tenang, kehidupan masih tidak stabil...

Bila mendengar kawan akan dimadukan kita cepat buruk sangka bahawa isteri baru suami kawan nanti akan guna bomoh, lupa diri, jahat dan perampas.  kenapa kita tidak berbaik sangka sekiranya kawan kita ikhlas dan rela bermadu? Kenapa kita tidak menyokong mereka dan mendoakan mereka?  Bukankah perkahwinan itu halal? kenapa kita tidak mengajak kawan kita berdoa supaya kehidupan mereka dipermudahkan?  mengapa kita tidak mendamaikan perasaan mereka dengan mengatakan sesuatu yang  baik? sesungguhnya jika kehidupan selepas dimadukan itu pahit, berserahlah kepada Allah...

Mungkin kelak, tangisan di tengah malam mengharapkan belas ihsan dari Tuhan mampu membuat kita lebih dekat kepadaNya?

Isnin, 30 Julai 2012

hafiz najmi lagi...

sibuk sungguh hafiz najmi sejak masuk MRSM. Dia jadi presiden kelas, jadi pengerusi robotik, dan terkini jadi ahli BADAR (badan dakwah).  semasa dalam telefon aku marah dia.
"abang ni kenapa semua benda  nak masuk ni?"
"abang cuba jer, kawan suruh, last2 dapat masuk"
"kalau semua benda abang nak masuk, bila masa abang nak belajar? sibuk ke hulu ke hilir?"
"tak... masuk sebab ganti koko, ada poin tu mami..."
"lepas ni jangan nak masuk benda2 ni lagi, abang dah gila kuasa ke apa?"

Hafiz mengekek ketawa.
"bukan gila kuasa... tapi kalau akademik cemerlang tapi koko tak aktif nanti susah juga nak gi over sea... lagipun tak perlulah hafiz main sukan banyak sangat..."
"mami rasa dah cukup la tu kan... presiden tu presiden ni... pas ni jangan nak test2 market pulak..."
"ya..."
"mami?"
"ya..."
"rindu..."
"mami pun rindu juga... semua rindu kat abang kat kecuali omar..."

aku ketawa, hafiz turut ketawa... omar memang nak mantain macho... dia tak nak mengaku dan tak pernah mengaku rindu dan sayang abangnya. padahal abangnya yang melayan dia dari dulu sampai sekarang... yang basuhkan berak dia... hmmm... 

Khamis, 10 Mei 2012

Turki

Tiada idea mahu menulis... menunggu waktu kesibukan reda untuk ke tasik serdang bagi membeli apa-apa juadah sementara menunggu kelas malam.  Omar telah dibawa papanya pulang... hari ini agak menyibukkan diri... tarikh akhir permohonan gran penyelidikan dipendekkan... pelajar yang perlu dikonsultasikan,borang permohonan keluar negara yang perlu disegerakan... oh ya! aku akan ke Turki.  Dari Istambul ke Izmir untuk membentang kertas kerja selama dua hari, kemudian kami ke Istambul.  alang2 sudah sampai Turki aku akan berjalan2 juga menjelajah Istambul.  tetapi di Izmir juga banyak tempat bersejarah.  Semingu juga kami (aku dan seorang kawan) ke sana... tak lama sangat ke kak, nak stay sampai 4 hari di Turki, tanya ku... tak cukup, kata kawanku... banyak tempat boleh pergi tau, katanya... turki memang bagus la..katanya lagi... aku takut aku akan rindukan suami dan anak2... tak, kata kawanku... aku cuma tergelak... harap2 betul lah katanya... tentu berbaloi meninggalkan suami dan anak seminggu jika banyak tempat menarik di sana... bolehkah aku hidup tanpa makan nasi?  suami aku di Istambul bulan lepas pun katanya kebulur tak boleh jamah nasi...  sekarang ni aku taklah rasa bersalah meninggalkan anak2 dengan suamiku... sebab dia pun kerap meningglkan aku... minggu depan dia nak ke Bangkok pula... haaa, aku sudah biasa ditinggalkan... suami aku kata aku seronok ditinggalkan sebab tak ada orang nak kacau aku... sebenarnya..... sebenarnya... seronok...  :)  tapi lebih selamat dan lebih seronok kalau ada suami di sebelah... ada teman menonton TV, ada teman masa makan... oh tidak juga, aku kalau kebulur memang tidak menyempat menunggu suami balik makan... aku bedal sendiri dulu... suami aku pula, lebih suka menunggu untuk aku makan bersamanya... jahatnya aku... insaf sedikit... berhentilah menulis... sebelum aku bongkarkan keburukan aku yang serba tidak sempurna ini...  :))